Thursday, April 2, 2009

OBSTRUCTIVE SLEEP APNOE...TONSIL...POTONG???

Hari ni, 02 April 2009, pepagi lagi aku dah hantar anak- anak ke stesen- stesen berkaitan ( sekolah ngan rumah baby sitter la tu ). Oh ya....saja nak kongsi, 2009 ni membuka lembaran baru dalam kehidupan aku bila aku terlibat dengan weekend marriage ni...Maklumla abang Khaizu kat Bukit Beruntung dan aku pulak kat Tanjung Malim. Terasa la jugak tekanan sebab terpaksa managed banyak perkara sorang - sorang.

Sempat jugakla aku jauh hati ngan a. Khaizu bila dia tak bersungguh-sungguh nak balik gilirkan aku jaga Syamil masa anak sulung aku kena demam denggi hari tu. Tension wooo...when you had to go through the critical time alone...

Pukul 9.00 pagi tadi aku selamat sampai ke Hospital Selayang. Ni adalah kali kedua aku ke sini. First time hari tu masa jumpa pakar ENT regarding niat aku nak buat tonsilectomy ( pembedahan buang tonsil ) tapi doktor tu suggest aku rawat dulu resdung aku yang agak teruk. So kiranya hari ni nak tengok balikla...

Pukul 12.45 aku dipanggil masuk ke bilik no.8. Kat dalam tu ada sorang nurse yang sweet ngan sorang Dr. yang aku sempat jeling nama dia Dr. Zainal. After some check up dia pun bagitau aku yang aku ada 2 masalah : 1. tonsil aku yang agak teruk 2. aku kena OSA

Dia suruh aku baca kat internet tentang OSA which aku rasa aku tau sikit-sikit dari pembacaan buku, majalah dan paper iaitu masalah tidur yang berkaitan dengan sempitnya salur nafas yang menyebabkan kita berdengkur dan kerap choke masa tidur. so pengidapnya akan kerap terkejut masa tidur.

Dr. tu kata the best way to cure OSA ialah aku kena reduce weight ( dah tau lama tapi payahnya nak buat ) and dia nak aku go through one procedure iaitu sleep study. Kalau nak buat kat hospital gomen akan ambil masa lama sebab waiting listnye panjang so dia suggest aku buat dengan private. Aku akan dipasangkan dengan ECG scan la ntah apa2 scan lagi dan aku kena tidor sebab result test tu akan tunjukkan how severe is aku punya OSA. Ada dua cara iaitu buat di hospital atau klinik swasta yang mungkin agak mahal atau buat dirumah dengan menyewa alat-alat tu yang costnya kurang dari RM 500.

Dr. Zainal juga terus bookkan operation theatre untuk buat tonsilectomy and entah apa lagi satu untuk hidung aku pada 25 Mei 2009. Aku kena masuk ward pada 24 Mei dan esoknya dibedah. Pastu dia referkan aku pada anasthesia specialist...tetiba aku rasa takut. Walaupun it's a minor surgery tapi psikologically aku tetap terganggu memikirkan aku akan dibius... What iff???? Hish, nauzubillah...

Aku bagitau a. Khaizu...dia kata dia risau, bukan apa sebab selama ni aku yang jaga dia...tetiba pulak aku sakit...dia kata dia tak boleh nak explain apa dia rasa. Balik office aku bagitau kengkawan rapat...terharu pulak aku rasa bila kak Ti tanya nak makan apa, dia boleh masakkan...

Hai Ya Allah...Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Aku nak sihat ...

3 comments:

hai said...

OOopsss...serius bunyinya tu.Rasanya pasal tonsil tu ramai org kata tak sakit bila buat..masalahnya osa tu kak hai pun tak berapa faham,samada itu ke yang dikatakan resdung.Budak2 ni ada la kak hai bagi diorang makan ubat tradisional (resdung)alhamdullilah la,Ramai yang dah try kata ok..cam arafat,sepupu2 belah mak ni...diorang dah mula continue...nak lagi...kak hai tak promote jual barang coz ini bukan direct selling...kakak ipar suggest tu ari pasal anak dia resdung teruk.just tolong sesedara,suma pun keturunan resdung....

MARINI said...

Kak Hai doakan la mudah2an semuanya okay. Mungkin nanti boleh try jugakkan ubat tu.Ha...kak Hai, Abang Atan mintak Mimi tolong wakilkan dia jemput semua la...Pak Long Mak Long..Kak Hai, Kak Long...ala kira semuala..Anak dia nak kawin bulan Jun ni ( 10 & 11 Jun ). Meh la kita ramai ramai pakat pegi Kelantan...

hai said...

Insyallah,Kak hai doakan awk selamat..Kalau ada rezeki insyallah,kita pakat la betul2,pegi konvoi ke best gak.nanti kita bincang semula k.