Monday, November 24, 2008

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU...

Lama jugakla aku biarkan blog ni tak berusik. Sebetulnya aku busy sikit. Ntah apa la yang busy nye tapi aku memang takde masa nak jengok pun blog ni.

Minggu lepas, tinggal adik Syakir aje di rumah... Syamil biasalah kalau cuti mesti nak tinggal ngan Mak Mon dia kat Tanjung Malim, Kak Ya pulak mana boleh lepas ngan Mak Jun aka Mak dia kat Geriang... Tinggallah kami bertiga dan ironinya petang Ahad tu kami bawak adik Naeim jalan sakan kat Shah Alam - PJ - KL... sebenarnya sesambil aku cari hotel untuk penginapan masa jadi instructor EEP kat Poli Shah Alam.

Puas merayau keliling Shah Alam tapi satu hotel pun takde yang kosong. Aku teringat Holiday Villa kat Batu Tiga...aduyai...semalam sampai 380 sorang, kiranya untuk 2 malam tu kitorang kena bayar lebih kurang 800 sorang... Mak oiii... tak laratla makcik...

Akhirnya aku cube - cuba survey kat PJ... teringat kat sebelah A&W Taman Jaya rasanya ada hotel... Fuh... Nasib baik dapat... a room for three person, RM 195.50 semalam... Aku pun ambik jelah bilik tu... Lepas tu kami terus ke IT World ( Metrojaya lama kat Seksyen 14 ). Ya Allah, terujanya aku tengok semua IT gadget ngan telecommunications punya barang -barang...

Aku dah betul-betul terjatuh cinte ngan satu mini laptop tu, all in all lebih kurang RM 1500.00. Abg. Khaizu pun macam suke je... Apa-apa pun dia kata mesti beli desktop murah untuk dia ngan anak-anak... Takpa, takpa, makcik akan kumpul dana supaya makcik boleh tangkap sebijik laptop kecik tu... Heh heh heh...

Seronok jugak jalan-jalan kat PJ, maklumla dah lebih 10 tahun aku tinggalkan area ni... Pusing-pusing kat SKTamanSEA, area rumah Kenneth ( Paramount Garden ) and area rumah lama kat Seksyen 19... Rindu jugakla kat kehidupan yang hectic masa kat sana...

Thursday, November 13, 2008

MOHAMAD ARIFIN'S CLAN




Tetiba pulak aku rasa nak turunkan salasilah keluarga aku kat blog ni... Bukan apa, manala tau boleh jadi jejak kasih...




MOHAMED bin ARIFIN ( Aki ) + SHARIFAH TINO bt. MAD ALI ( Wan Tino )

1. Baharudin b. Mohamed ( almarhum )
2. Joharudin b. Mohamed ( almarhum )
3. Kasma Laile bt. Mohamed + Mohd. Ghazali b. Mad Jam ( almarhum )
4. Shahruddin b. Mohamed + Latifah bt. Idris
5. Mohd. Noor b. Mohamed ( almarhum ) + Rohani

MOHAMED bin ARIFIN ( Aki ) + PIAH bt. MAD ALI ( Wan @ adik Wan Tino )
1. Sabaruddin b. Mohamed ( almarhum ) + Norharimi bt. Abd. Aziz
2. Noraini bt. Mohamed
3. Hamidah bt. Mohamed + Zainal b. Hasan
4. Kasma Ruzi bt. Mohamed
5. Jurina bt. Mohamed + Ruslan b. Jaafar

CUCU - CUCU CICIT
1. Shahrullatif b. Shaharuddin 1. Mohd. Amirul Shah Yusma Latif
2. Ezatul Akhma bt. Mohd. Ghazali 2. Alya ... Shah Yusma Latif
3. Ezatul Marini bt. Mohd. Ghazali 3. Nur Faizah bt. Azri
4. Shalati Mas Ayu bt. Shaharuddin 4. Aiman ... Azri
5. Shah Yusma Latif b. Shaharuddin 5. Ain ... Azri
6. Julie Hazlie bt. Mohd. Noor 6. Nabila ... Azri
7. Mona Zalina bt. Mohd. Noor 7. Wan Ku Zairi Irfan Wan Azman
8. Khairul Azmi b. Mohd. Ghazali 8. Wan Ku Zairi Afnan Wan Azman
9. Khairul Izad b. Mohd. Ghazali 9. Wan Ku Zairi Hirman Wan Azman
10. Shalati Mas Zura bt. Shaharuddin 10. Syamil Nuqman M. Khaizuzafarin
11. Shahzulllatif b. Shaharuddin ( almarhum ) 11. Shahirah Nafeesa M. Khaizuzafarin
12. Siti Aishah bt. Sabaruddin 12. Syakir Naeim M. Khaizuzafarin
13. Siti Fatimah bt. Sabarudin 13. Anak Mas Zura ( seorang puteri )
14. Noor Azmi b. Sabarudin 14. Anak Mona ( seorang putera )
15.Nurul Nadwa bt. Mohd. Noor 15. Anak Julie ( seorang putera )
16. Ireena Anati bt. Ruslan 16. Anak Julie ( seorang puteri )
17. Khairul Azri b. Mohd. Ghazali 17. Aemir Zikry
18. Fatin Nabilah bt. Mohd. Noor 18. Anak Mas Ayu ( bakal Disember ini )
19. Zakuan b. Zainal
20. Iqbal Afiq b. Ruslan
21. Illyana Aleesha bt. Ruslan

* 22. Zarina bt. Zainal
23. Mohd. Iqbal b. Zainal
24. Zairilla bt. Zainal

Inilah insan - insan istimewa yang selalu menghiasi hati aku... Tak ada benda lain dalam dunia ini yang lebih penting bagi aku selain kemakmuran, kesejahteraan dan kebersamaan kaum keluarga...

HANYA PADA NAMA...

Aku selalu duduk dan memikir tentang asal namaku sendiri. Aku selalu terfikir dari mana agaknya Arwah Abah dapat idea nak namakan semua anak-anaknya. Macamana abah boleh begitu kreatif ( pada zaman itu ) nak namakan semua anak perempuannya Ezatul dan anak lelakinya Khairul?

Kenapa dia tak pilih nama yang klasik macam Rohani ke, Rosnani ke, atau pun Jailani ke Tarmizi ke untuk anak-anak dia? Dan aku perhatikan mungkin sebab ikut arwah abah yang sistematik dalam memilih nama, kami pun ikut begitu. Anak - anak kak Long semua bermula dengan Wan Ku, anak - anak aku pulak semuanya berpangkal nama S dan N.

Aku pernah tanya pada abah, macamana dia dapat idea bagi nama aku Ezatul Marini? Dia kata Marini tu sebab dia minat pelakon Indonesia masa tu... Tapi yang peliknya dari aku kecik sampai sekarang ada aje nama khas lain yang sedara - mara nak panggil aku.

Kalau Ngah, selalunya dia akan panggil aku Ezaratul Marini... Kalau anak - beranak Aki Itam, semuanya panggil aku Marini... Nama panggilan aku di rumah memang MIMI @ Kak Ngah Mimi. Pok De Mok De Kak Jah pulak memang panggil aku Malini @ Nini...

Tapi yang paling dahsyatnya semua pak-pak sedara dan mak sedara sebelah arwah abah ingat namaku hanya Mimi...sehinggalah waktu diedarkan kad jemputan kawin aku baru diorang tau nama aku Ezatul Marini...

Tapi yang paling klasik sekali ialah nama timang-timangan aku, BUNTAT... tu nama special yang Aki bagi kat aku... Sekarang bila aku dah kawin dan beranak, semua orang panggil aku Acik Mimi ( side abang Khaizu ). Walaupun sebenarnya arwah Mak ( mertua ) aku tak suka sangat sebab dia kata tak padan ngan a.Khaizu yang dipanggil Uncle Aju oleh kaum kerabat dia...

Dan aku pulak lebih selesa bahasakan diri aku Ummi bila bercakap dengan anak-anak sedara... Itu lah sedikit sebanyak tentang nama... Apa pun orang panggil kita, anggaplah panggilan itu istimewa...

Wednesday, November 12, 2008

STROKE!!!


Balik dari ofis semalam kami heboh berbincang tentang rancangan Kelab PSAS untuk menganjurkan makan malam bertema. Dalam dok terfikir-fikir pakaian apa yang nak dipakai nanti, akhirnya kami sampai di Bukit Beruntung.


Aku sambung pulak berpakat ngan abang Khaizu... wah tak aku sangka dia bersemangat habis... Siap tengok VCD lama lagi nak tunjuk kat aku fesyen kebaya yang dia suka... Bebudak bertiga tu memang tak da hobi lain selain bercakar... Hum...nama pun bebudak kan...


Dalam pukul 11.00 malam, phone aku berdering, bila aku angkat terdengar suara Fatin kat hujung talian... " Mak Ngah, abah strok...kat Hospital Selayang... Mak Ngah tolong pergi tengok boleh tak???"


Aku jadi terpempan, alamak! macamana ni... Rumah aku dengan Selayang bukan dekat, lepas tu dah nak tengah malam. Phuuuu....Ezatul, jangan panik... aku pujuk diri. Ku cuba dail nombor a. Atan, engaged... Ku cuba sekali lagi... ha ... dapat...


Walaupun tak jelas...aku boleh dengar suara abang Atan yang lemah. Aku tau dia menangis...Dia ceritakan macamana dia jatuh dalam bas semasa nak bertolak ke Kelantan. Nasib baik anak Kak Dah ada kat stesen bas, dia pun di bawak ke Hospital Selayang dan dimaklumkan dia suspected stroke...


Aku call Kak Long, Ijad, bagitau Ngah di Sg. Lui dan cepat - cepat text Ikram... ringkas je aku kirimkan ingatan, " Ikram, Mak Ngah rasa tak perlu gesa-gesa datang ke KL. Tunggu dulu perkembangan abah. Kalau apa-apa nanti Mak Ngah contact lain. Kesian kat Ummi, nak jalan jauh2 waktu malam." . Aku tak mau sebab risaukan abahnya, Ikram akan buru-buru datang ke KL. Aku tau benar cara Ikram drive...


Ntah kenapa aku rasa sedih benar... Yelah... yang sakit tu abang aku...Tentu sekali aku sedih... Cadangnya aku nak ajak a. Khaizu menjengok a. Atan di Saujana Utama malam ni... tengokla Insya Allah...

Tuesday, November 11, 2008

SEPANJANG JALAN KENANGAN...

Mungkin jika halaman ini ada pembacanya, ramai yang akan hairan kenapa aku namakan blog ini Cicit Seorang Pahlawan... Kenapa aku ambik berat sangat dengan akar bangsaku...

Aku lahir dalam sebuah keluarga sederhana yang aku kira agak berpengaruh di kampung terutamanya sebelah arwah abahku...Betul ke??? Betul kot, sebab bila aku mention nama arwah Aki Mad Jam atau pun nama Aki ku sendiri, mesti orang kenal seluruh ahli keluargaku sehingga ke pakcik makcikku sekali... Dan mungkin juga sebab aku memang tinggal dengan Aki dan Umwan sejak lahir maka ramai orang sekampung yang kenal aku. Dan aku memang dididik dari kecik supaya tidak sombong dengan orang keliling tak kira apa bangsa keturunan pun...

Aku masih ingat masa aku kecik, aku selalu bertenggek atas riba Uncle Apek yang menjadi tauke kedai perabot di bandar Raub. Balik dari mengaji di Darul Quran aku akan sempat lagi bertenggek atas ribanya sambil borak - borak ringan. Kalau cuti sekolah pulak, pagi-pagi lagi Aki akan tinggalkan aku di kedai Kassim... Makanya akan bersidaila aku di kedai runcit itu sampai petang...Buat apa??? Buat apa lagi...baca majalahla... Lepas satu-satu majalah aku baca... From page to page pulak tu...

Sekali-sekala kalau kami balik ke Kg. Gali Lurus, rumah arwah Aki Cu lah sasaran aku. Biarpun tak ramai orang selesa nak singgah ke rumahnya, mungkin silu sebab dia Guru Besar sekolah, aku akan sentiasa tak malu untuk naik ke rumahnya... Tempat tujuan aku??? Tentulah Perpustakaan mini di rumahnya yang penuh dengan buku-buku cerita. Dan kerana itulah, Arwah Aki Cu dan Arwah Wan Chu ku sangat sayang padaku...Hingga kegilaanku pada buku-buku menjadi sebutan dan contohan kepada adik-adik pupu yang lebih muda...

Turun dari rumah Aki Cu biasanya aku akan menyerbu rumah Aki Mamak, kemanakan Arwah Abah yang bertugas sebagai qadhi... Syok ooo gi rumah dia sebab ada kolam ikan dan yang pentingnya sebab Mak Teh aku tua setahun je dari aku... Lagi satu sebab masa aku kecik dulu, rambut aku panjang sampai dekat lutut jadi memang ramai la yang suka kat aku... Comel kononnya... Eh, tak kononla...sampai sekarang pun aku memang stay cun... aku suka dengar cerita-cerita Nabi dari Arwah Aki Mamak...

Dah puas dengar cerita, aku lepak pulak di rumah Wan Andak yang ada ramai anak - anak perempuan. Banyakla soalan yang akan ditanya oleh Mak Long, Mak Ngah, Mak Tam , Mak Anjang dan aku memang akan dengan jujur menjawabnya. Aku suka pergi rumah Wan Andak sebab dia ramai anak pompuan dan semuanya jadi cikgu... Arwah Abah selalu kata, famili kami kalau setakat nak bukak sekolah swasta memang no problem sebab kami ada pakar dalam semua subjek...

Pot last aku sudah pastilah rumah Arwah Aki ngan Wan Cik... Ntah kenapa kami sekeluarga rapat benar dengan Mamak Arwah Abah yang satu ni... Aku pulak manja ngan Pak Ngah Han...memang bestla kalau gi rumah dia. Nanti mesti ada sesi ejek-ejek sebab Kak Long manja ngan Pak Long Sahak so diorang akan ejek-ejek aku hitamla, buntatla... Tapi Pak Ngah Han bukan kaki gaduh jadi kitorang tak melawanla... He he seronoknya masa kecik... Paling syok kat rumah Aki Cik ialah bila raya sebab dia terror masak sate... Mesti ada satela... sekarang ni Pak Long ngan De Ros yang ambik alih kepakaran tu... Ish ish tetiba pulak aku rindu sangat kat De Ros, Teh Ti, Pak Cik Nuar dan semua sedara mara di kampung...

Tu belum lagi aku cerita pasal Kampung Pintu Padang... mesti lagi mengimbau memori... Cukupla kot takat ni... Nanti kita cite lagi....

BIAR MATI ADAT???

Lama dah aku tak update blog ni... Bukan ape... Sejak belakangan ni sibuk sangat dengan assignment students yang nak disemak... Aku pun kerap keluar berkursus.

Aku sempat jengok - jengok blog Nurul Qayyum yang bercerita tentang adat nginjak tanah di kalangan orang Rao... Masih lagi aku ingat... kami pun ada buat adat tu...

Biasanya adat nginjak tanah ni dibuat bersekalian dengan majlis cukur jambul anak - anak. Aki aku biasanya akan buat tangga kecik dari tebu dan diletakkan dalam semerik ( pahar ). Dalam semerik lain pulak adala tanah, pasir, besi dan macam - macam lagi la.

Nanti baby tu akan dicecahkan kakinya pada semua benda-benda ni dan akan dipimpin untuk naik tangga tebu tu. Simboliknya kalau tangga tu patah maknanya baby tu dah sediala nak melangkah ke dunia barunya iaitu sedikit dewasa. Tapi biasanya tangga tu dah memang dipotong siap-siap jadi bila cecah aje kaki baby kat situ mesti tangga tu patah... Dan akhirnya baby tu akan diletak dalam buaian dan orang-orang tua akan mula bermarhaban dan berzanji...

Tapi sejak Aki ngan Aki Alang aku uzur ni, kami dah lama tak buat adat ni... Kalau dulu - dulu, ramai orang akan cuba hadirkan diri ke majlis kenduri kami sebab nak tengok adat ni tapi sekarang ni majlis cukur jambul pun kami dah lama tak buat sebab dah lama tak ada baby yang lahir dalam family aku... Kalau ada pun, di sebelah abang Khaizu la tapi seingat aku dah lama jugak tak diamalkan adat ni...

Kadang-kadang aku miss pada kemeriahan sambutan sebegini namun yelah kan makin lama adat-adat makin ditinggalkan sebab orang - orang tua dah semakin tiada dan yang tinggal ni semuanya sibuk hingga tak ada masa nak mendalami adat resam orang dulu-dulu...

Tuesday, November 4, 2008

CATATAN SEORANG RAWA...


RAWA...


Arwah abah aku orang Melayu Rawa... Atuk nenekku juga orang Rawa... Dahulu aku tak begitu ambil kisah tentang keturunan sanak familiku ini namun sejak menjadi isteri kepada suamiku yang berdarah utuh seorang Rawa, aku banyak digerakkan untuk mengenal asal bangsaku sendiri...


Dulu-dulu kalau kami berjalan-jalan ke tempat orang, bila mendengar kami bercakap, ramai yang akan datang dan bertanya sekiranya kami orang negeri... Lama - kelamaan baru aku faham kenapa ramai yang tersalah terka mengenai bahasa kami...kami memang mirip bahasa negeri cumanya vokal " o " kami dipermulaan perkataan...


Di sini aku perturunkan beberapa perkataan famous di kalangan masyarakat Melayu Rawa :

1. kamu semua - kilen ( kalian ) 7. amboi - ondek...

2. diam - ontok 8. ini - iko

3. peluk - polok 9. sini - siko

4. gelas - goleh 10. kedai - kodai

5. telur - tolor 11. angkat - tating

6. pandir - nyinyer 12. baring - guling


Actually ada banyak lagi tapi aku bukanla mahir sangat. Mak Long Ani aku mungkin ada lebih banyak vocabulary sebab dialah yang masih lagi pekat pronunciation Rawanya di kalangan sanak familiku... Kalau arwah abah dan kami...dah terlalu banyak campuran bahasa Raub ( versi Dong Kuala Gali ) dalam pertuturan kami seharian. Aku langsung tidak pandai hanya mungkin lenggoknya masih ada...


Bila aku menjadi isteri abang dan tinggal dengan arwah mak mertuaku yang baik hati itu, barulah aku banyak belajar bahasa Rawa dari dia. Namun begitu, biarpun dah 14 tahun, aku masih silu-silu nak berbahasa Rawa dengan kaum keluarga... Tapi kalau kat rumah sendiri tu adala jugak aku try cakap dengan abang...


Nanti aku nak berkongsi cerite tentang sejarah orang Rawa dan ikon - ikonnya... Dan aku juga nak bercerita bagaimana rasanya bila mengetahui darah keturunanku juga sama utuh Rawanya dengan keluarga abang yang sangat bangga dengan keturunan mereka...


Nak tau lagi banyak...TUNGGUUUUUU!!!!


SESEKALI SEPI MENJENGAH...


Entah kenapa sejak akhir - akhir ini aku jadi sangat sensitif dan sayu hati... Bermacam - macam perasaan bercampur-baur dalam segenap ruang hati, berkecamuk menjadikan aku kekadang serabut...


Aku banyak merenung perjalanan seharianku sejak kebelakangan ini... Kecewa??? Mungkin aku sedikit terkilan dengan bermacam-macam kisah suka duka yang menimpa namun aku kini memasuki fasa pasrah dan berserah nasib pada Yang Punya Dunia...


Semalam tanpa niat dan sedar, aku luahkan segala kegusaran hati pada abang yang akhirnya menumpahkan rasa penyesalan yang sarat atas segala keterlanjuran dan kekhilafan yang pernah dilakukannya.


Perasaan dosa menghimpit diri tatkala aku kenangi betapa sering aku menyatakan " kalau " dan " andai " dalam menatari hari - hari yang telah terlepas jauh kutinggalkan...


Ya Allah...damaikanlah hati ku... Ya Allah...luaskan dan tenangkan hatiku... Mudah-mudahan aku sentiasa lapang dada menghadapi cubaan dan dugaan...