Wednesday, July 28, 2010

TUMBANG...

Hari ni aku dengan cerianya menelefon Rohai di Library... Reaksi Rohai...woiii cerianya engko pagi ni... Dah berborak lebih kurang, kitorang pun berjanji nak sarapan pukul 8.45 macam biasa.

Sampai di kantin, Kak Jan adalah orang pertama yang aku jumpa kat stall Mak Su... " ngapo-ngapo ee kilen? Aku donga awak tumbang semalom... " Dalam hati aku terus berkata : Wau... sampai kak Jan pun tau... Kami pun borak2 la sekejap. Dapat jugak aku asah bahasa Rao. Dah beli makanan, aku pun cari la port nak makan... Aku disapa Lizawati " kak Ezat dah sihat ke? dengar cite semalam blackout ye"...he he...rasa besar hati pulak bila ramai yang concern.

28 Julai 2010

Aku actually dah lemah badan sejak beberapa hari lepas. Ntah kenapa tapi memang rasa lemah sangat badan sampai asek nak tido je... Bila tanya kat Nasir ( MA di klinik asrama ni ) dia kata akak tak exercise. Peluh tak keluar...betul la kot...

Lepas Subuh tu aku memang dah tak boleh angkat kepala dah...rasa mengantuk tahap gaban la... pastu kepala memang pening gile... Lepas punch in, aku dah tak boleh nak tahan lagi..akhirnya aku balik rumah dan memang blackout sampai dekat 3 jam...

Dalam pukul 10.00 bila rasa badan dah okay, mengenangkan kerja yang berlambak2 kat ofis, aku gagahkan diri gi ofis... Dalam tak sihat tu aku manage siapkan memo audit dalaman dan jadual audit... walaupun adala salah sikit2..punyela pening sampai tersalah letak nama sapa2 tah dalam list auditor. Banyakla email yg aku terima sebab nak confirmkan sapa dia insan sorang ni yang aku masukkan dalam senarai juruaudit... He he..I'm sorryyyyy...Ketua juruaudit tak berapa waras semalam...

Ya Allah...nampaknya kau kirimkan hikmah dalam banyak perkara dan bentuk... Aku duduk dan memikirkan betapa besar hrahmat Tuhan bila dia makbulkan hajat aku nak dapat biasiswa sambung belajar...dapatla aku tumpu pada Syakir Naeim, pada Syamil yang nak ambik UPSR dan pada Kak Ya yang nak mula tahun 1... Dapat juga aku break sekejap dari kesibukan keja... Yang penting, dapatla aku jadi surirumah tangga sepenuh masa selama 2 tahun...heh heh... Amiinnnnn...

Wednesday, May 19, 2010

BERILAH MEREKA PELUANG ( VERSI AKU NAK SOKONG KAK HAI )

Tadi aku baca blog kakak sepupu aku, Kak Hai mengenai sekatan dan larangan yang kadang - kadang kita kenakan pada anak-anak. Aku teringat macamana emak bapak aku jaga aku masa kecik dan sambil - sambil tu imbas jugak cara aku didik anak.

Seingat aku, masa kecik-kecik dulu sebab aku duduk ngan aki dan wan jadi aku banyak duduk di rumah. Pagi2 bangun, mengadap wan aku basuh kain, lepas wan aku jemur kain, aku dimandikan dengan air panas pastu diletakkan depan radio ( sebab zaman dulu takde TV). Dudukla aku kat situ dengar lagu sambil wan aku sapu sampah ngan masak. Tengahari tido kejap sebab selalunya tido aku akan terganggu bila makcik2 aku balik dari sekolah. Petang ikut makcik aku g mengaji dan lewat petang main.

Bila dah remaja, sebab aku duduk di asrama, aku terikut dengan routine di asrama. Habis SPM, dok kat rumah, aku perati cara abah menangani kerenah kami. Abah tak mengongkong tapi mengawasi. Dengan syarat kami bercakap jujur dan telus, abah takde masalah. Ingat lagi, dulu sebab aku agaknya ramai kawan jadi awalnya, abah takut aku ambik kesempatan. Pada satu hari aku mintak kebenaran nak ke Lata Jarum berkelah dengan kawan2. Abah sanggup tunggang motosikal mengendap aku rupanya... Dek kerana puas hati sebab aku keluar dengan kengkawan perempuan, sejak itu abah lebih percayakan aku...sebabnya aku memang akan bagitau dengan jujur apa yang aku buat...

Sekarang bila aku ada anak, kami cuba buat benda yang sama dengan mereka. Beza sikit bila kami beri anak2 peluang suarakan rasa hati. Natijahnya, anak-anak berani suarakan ketidakpuasanhati mereka. Ada la yang bisik2 kat aku, katanya cara kami ni seolah2 ajar anak jadi biadap. Tapi percayalah, kalau kita beri mereka peluang, hubungan kita dengan mereka akan jadi lebih telus dan mereka lebih appreciate kita. Adala syaratnya, mereka boleh bersuara tapi bukan kurang ajar dengan kami.

Lagi satu bab belajar, aku tak memaksa pun anak2 untuk mesti sentiasa jadi yang terbaik. Pada aku, mereka seharusnya berusaha ikut semampu mereka dan kita dorong saja. Kalau tak mampu nak jadi the best, usaha supaya lebih baik dari sebelumnya.

Ada yang kata..takkanla anak dapat macam ni je..mak pensyarah, ayah cikgu... Ntahla ekk..aku tak pegang prinsip begitu... memangla kadang2 aku guna dialog yang sama bila menceceh kat budak2 ni... tapi bila fikir balik tak adil rasanya...

Sunday, May 16, 2010

MONOLOG SEORANG UMMI

Anak – anak Zaman dulu…
Makanannya …
Ubi rebus cicah kelapa, ais kepal dan kekadang ayam tua dari reban
Permainannya…
Galah panjang, lompat getah dan selalunya batu seremban
Hiburannya …
Wayang Kulit, Wayang Pacak dan kerapnya bayang – bayang sendiri disuluh pelita ayan

Anak – anak Zaman dulu,
Hidupnya lapang, tiada tekanan
Fikirannya senang,
Rutinnya mudah, ke sekolah, pulang, main dan makan

Anak – anak Zaman dulu,
Ibu ayah tak pernah gundah
Cikgu pun jarang – jarang marah
Maklum saja kurang masalah

Anak anak Zaman Dulu
Remajanya hanya kenal inang, zapin
Kenderaannya hanya basikal tua
Yang berada bermotorsikal
Namun laju sikit dari sepeda

Anak – anak Zaman ini
Sarapannya McDonald, makan malamnya California Steak House
Permainannya PS2, 3 dan seringnya MP 4 player
Hiburannya
Oooh… merata – rata di Bukit Bintang dan Sungai Wang

Anak – anak Zaman ini
Banyak tekanan menggunung kemahuan
Fikirannya tak keruan
Rutinnya payah… berpeleseran atau ke kuliah

Anak – anak Zaman ini
Ibu ayah mungkin tak kesah
Guru – guru langsung tak endah
Maklum saja semua serba renyah
Melenting kalau ditegah
Berontak kalau dimarah
Disergah…huh silap – silap naik mahkamah

Anak – anak Zaman ini
Remajanya berulit Vogue, Playboy dan segala macam porno
Hobinya bersukan rempit di jalanan
Pertaruhannya wang, nyawa dan perempuan
Maruah bangsa tegar digadaikan

Anak – anak Zaman ini
Rendah sifat malu, kurang segan silu
Peluk raba tak hanya pegang - pegang
Hubungan jenis tak perlu lepas nikah
Kalau termengandung … alamak terlebih sudah
Duhai anak – anak
Ummi nak pesan
Gulana ummi tolong redakan
Dalam sibuk mencari kemajuan
Akhirat jangan dikesampingkan


Jangan leka permainan dunia
Jangan nafikan syurga neraka
Carilah pahala simpangkan dosa
Insya Allah akan selamat di sana

Friday, May 14, 2010

PERLU SIHAT!!!

Penghujung Februari 2010
Dah 2, 3 hari aku pening kepala. Bermula dengan anak2 yang demam akhirnya aku berjangkit sama. Tapi aku yakin pening tu sebab resdung yang menyerang. Tengahari tu aku ambik MC dan kononnya cuba buat Thai Massage...




Makin lama makin tak reda pening ni... Sepatutnya lepas berurut aku rasa segar tapi aku makin rasa nak tumbang...



Menjelang Maghrib aku dah tak tertahan...aku ajak abang Khaizu ke klinik Nabila. Remarks Dr. nabila yang cantik manis tu menyentap jantung aku.." kak, kena ke emergency ye...darah akak tinggi sangat ni 190/100."



Melalui 1/2 jam pemanduan ke Hospital Slim River aku mula rasa sedikit lega...sampai di emergency bacaan darah menurun ke 162/90... aku diminta tunggu lagi...3 kali bacaan dibuat namun masih tak turun...



Akhirnya aku mintak pada doktor, tolong biarkan aku rehat di rumah sebab keadaan di hospital lebih membuatkan aku stress.



Abang Khaizu nampak sangat bimbang. Sampai di rumah, aku makan ubat dan terus tidur. Sebolehnya abang Khaizu takmau anak2 ganggu aku. Esoknya, aku diberi MC dan berehat sepenuhnya di rumah..



Pengalaman tu buat aku berhati2. Sekarang aku cuba sedaya upaya untuk coolkan diri. Takmau take things too seriously. Banyak tenang2kan diri.

JAGA TEPI KAIN

Bulan lepas aku buat regular rounds kat block asrama sebelah malam. Nak tambah meriah, ajakla 2 orang warden perempuan ikut sekali. Semuanya nampak okay sebab kami pun round aras 0 je... Tak berhajat nak round asrama lelaki sebab takut banyak sangat benda yang kami jumpa.

Sampai la akhirnya kat sebuah bilik ni... Bilik tu dihuni dua orang pelajar Semester 1; sorang jabatan awam sorang lagi jabatan perdagangan. Yang menyambut kami budak awam ni...aku kerling ke katil sebelah, nampak roomatenya tengah tido terbongkang. dari celah - celah bantal yang menutup muka, nampakla rambutnya yang tak berwarna hitam...

Dalam pada kami sibuk memeriksa keadaan bilik, aku terpandang dua keping gambar di notis board pada meja study... Ada 3 keping gambar tapi yang menarik perhatian aku ialah 2 keping gambar budak Perdgdn ni dengan lelaki dan aksi mereka berpeluk sakan tu menyebabkan aku ambik gambar tu bawak balik ke pejabat.

Sampai di pejabat, aku serahkan gambar tu pada warden bertugas dan aku jadi tekejut beruk bila warden tu kata gambar tu adalah gambar girl ni dengan 2 lelaki yang berbeza....

Minggu lepas aku cuba nak jumpa student ni sebab nak tanya lebih lanjut tapi dia tak dapat dikesan. Berkali2 kami telefon tapi dia tak jawab. ada sekali tu dia jawab tapi dia buat macam tak dengar and dia hang up.. Tak sedap hati aku minta warden blok dia call family sebab bimbang dia ke mana2 sebab sebelum tu dia SMS warden dan kata dia ada dalam perjumpaan blok tapi bila kami susul ke sana dia takde.

Hampir pukul 12 dan setelah berpuluh2 panggilan kami buat dan hampir pecah pintu bilik dia diketuk, aku buat keputusan untuk call mak dia sekali lagi :

Aku : assalamualaikum ni puan ......, mak kepada ..... ke?
Ibu : Ye saya, ada apa hal
Aku : Saya pengetua asrama PSAS, saya nak tau samada anak puan ada balik ke rumah sebab kami cuba hubungi dan cari dia tapi tak dapat
Ibu : Takde sebab dia kata ada aktiviti di asrama. Dia ada di biliknya, saya baru bercakap dengan dia...kenapa nak cari dia?
Aku : Saya dah periksa tapi dia takde dalam perjumpaan blok dan bilik, saya bimbang kalau dia keluar ke mana2 tanpa pengetahuan kita
Ibu : ada tu kat bilik...kenapa nak cari sangat dia? Tak perlu la ganggu dia ...dia nak study....
Aku : Saya cuma bimbang dan saya pun nak tanya mengenai gambar
Ibu : ha...itu gambar dia dengan kawan2 dia....dahla tak perlu ganggu dia

Aku rasa geram sebab ibunya macam tak kisah dengan perilaku anaknya. tak lama lepas tu aku terima SMS dari ketua blok mengatakan dia dah dijumpai dalam bilik. Aku arahkan mereka datang berjumpa aku di rumah...

Yang aku sangat sedih, pelajar ini biadab dan marah sebab katanya pihak asrama tak patut ambik tahu hal peribadi dia...itu adalah privacy dia... Masya allah... aku urut dada sendiri, begini la tingkahlaku anak2 zaman ini... tak boleh ditegur tegah...

Maksiat tu dah jadi macam makanan... Sebenarnya selama aku jadi Pengetua Asrama ni banyak kejadian yang menyedarkan aku betapa zaman dah makin sampai ke penghujungnya. Sedih, geram dan marah jadinya melihat anak2 bangsa yang makin rendah nilai diri...

Aku takkan lupa anak yang sorang ini... Mudah2an Allah pelihara dia dan jadikan dia anak yang soleh dan berbudi bahasa...

Thursday, May 13, 2010

KITA JUMPA SEMULA

Dah lama tak jengok blog ni...Terlampau sibuk kot hingga aku malas nak update... sebetulnya wifi kat sini tak cun sangat so payah nak bukak internet. PC pulak dah pejam lama...penangan anak2 yang pandai sangat IT...entah apa dibuatnya terus gelap...

Seingat2 aku entry terakhir masa raya...maknanya dah berbulan2 jugak aku tak menulis balik... Bermacam2 benda dah jadi tapi kebanyakannya dah terlupa... malam ni aku paksa diri menulis semula sebab sayangkan blog ni... Kalaupun orang tak baca, ia untuk aku simpan segala apa yang aku rasa...

Sejak belakangan ni aku rajin berFB...seronok jugak sebab dapat contact balik ramai kengkawan lama. Dan alhamdulillah pada disember lepas dapat la buat mini reunion ngan kengkawan sekolah rendah. terlepas rindu aku pada Aivy ngan cik Ros yang sentiasa ceria... Hopefully lain kali boleh buat lagi kan kan kan...

Sabtu lepas pulak dapat gather dengan member2 SEMESTA. Asalnya aku hanya rancang nak date ngan Nat dan Nikko + beberapa kawan rapat...akhirnya dapat jumpa hampir 7 orang kat Aseana KLCC... terlepas rindu...

Friday, September 25, 2009

BERZIARAH DI AIDIL FITRI







Hari raya pertama aku lambat keluar berziarah... Pepagi lagi kami 5 beranak dah bangun bersiap nak bersolat Aidilfitri di Masjid baru Raub yang terletak atas puncak bukit dekat dengan Padang Golf. Memandangkan hari masih awal jadi aku berbangga sangat la dapat park kereta betul - betul sebelah tangga naik ke ruang solat...


Aku memang tak pernah sembahyang kat masjid tu so memang terpegun jugakla tengok keindahan nya. Lepas solat tahiyatul masjid, aku nampak Ustazah Azizah ( ustazah masa aku sekolah rendah ) aku pun pegi bersalam dengan dia. Tak lama lepas tu aku nampak Mama ngan Acha, depa ajak aku naik ke tingkat satu so aku pun ngangkut anak - anak naik ke atas.

Selesai sembahyang dan bersalam salaman orang ramai berpusu - pusu tinggalkan masjid...barula aku sedar tak berapa cerdik jugakla aku park sebelah depan sebab aku kena tunggu lama sebelum boleh drive keluar. Tapi ok jugakla sebab aku sempat jumpa ramai kengkawan yang dah lebih sedekad tak jumpa...sempat jugak bermaaf-maafan dengan keluarga arwah Pak Long Zainal ( Fizz Fairuz a.k.a Loyai ).

Selalunya selesai bersalam - salaman dan beraya dengan atuk nenek dan mak pak sedara, kitorang akan berbondong-bondong ziarah keluarga sebelah arwah abah tapi tahun ni aku tukar plan. Aku tunggu orang ziarah ke rumah Aki dan plannya sebelah petang baru nak keluar berjalan... Sempat la ziarah rumah Pok De Raman, rumah De Ros ngan rumah Mak Long Ani di Pintu Padang. Mulanya aku nak gi rumah Wan Andak tapi aku segan...kalau tak mesti dapat jumpa Pak Usu Izam yang dah jadi lecturer kat UK...

Tengah malam tu family abang Atan sampai dari Bachok, aku rasa seronok jumpa kak ipar dan anak - anak buah tapi hati aku sedikit bengkak sebab sampai je kat rumah mak abang Atan dok kutuk - kutuk aku...Esoknya kami beramai - ramai ke kubur arwah Abah dan lepas tu berziarah ke kampung arwah abah... Seperti biasa, aku rasa pedih teramat bila ke kubur arwah Abah... sesetengah orang mungkin tak faham dan rasa aku jenis yang taknak melawat kubur abah tapi orang tak tau aku memang tak gamak nak pegi kubur abah aku sangat sayangi... Takdanya dia membawa impak yang sangat besar kepada kami sekeluarga... Ye la...selama hari ni dia memang rapat ngan aku...

Singgah rumah Pak Andak Kadir, aku rasa mesranya macam masa arwah abah ada. Aku tak dapat tahan rasa sebak sayu bila Mak Andak menangis masa kami nak balik...sampai Laili pun menangis sama... Ye la...entah bila dapat jumpa Pak Andak ngan Mak Andak lagi...

Kami sekeluarga cadang nak berziarah ke Keramat rumah Pak Cik Bakar ( ayah kawan baik aku ) yang dah macam ayah aku sendiri. Masalahnya aku dah lebih 10 tahun tak pergi rumah dia dan aku dapat jangka dia akan membebel kat aku nanti... Apa - apa pun tu salah aku jadi aku kena la tanggung....

Paling seronok..aku sempat menziarahi cikgu kesayangan aku masa sekolah rendah ...Cik gu Azizah Md. Salleh...Terlepas rasa rindu dan paling best sebab keluarga dia ramah sangat menjadikan aku tak segan duduk lama kat rumah dia...

Tu lah sedikit sebanyak coretan sepanjang musim Syawal yang lepas... Ada jugak kisah - kisah sedih tapi biarla aku cerita dalam entry yang lain...