Wednesday, May 19, 2010

BERILAH MEREKA PELUANG ( VERSI AKU NAK SOKONG KAK HAI )

Tadi aku baca blog kakak sepupu aku, Kak Hai mengenai sekatan dan larangan yang kadang - kadang kita kenakan pada anak-anak. Aku teringat macamana emak bapak aku jaga aku masa kecik dan sambil - sambil tu imbas jugak cara aku didik anak.

Seingat aku, masa kecik-kecik dulu sebab aku duduk ngan aki dan wan jadi aku banyak duduk di rumah. Pagi2 bangun, mengadap wan aku basuh kain, lepas wan aku jemur kain, aku dimandikan dengan air panas pastu diletakkan depan radio ( sebab zaman dulu takde TV). Dudukla aku kat situ dengar lagu sambil wan aku sapu sampah ngan masak. Tengahari tido kejap sebab selalunya tido aku akan terganggu bila makcik2 aku balik dari sekolah. Petang ikut makcik aku g mengaji dan lewat petang main.

Bila dah remaja, sebab aku duduk di asrama, aku terikut dengan routine di asrama. Habis SPM, dok kat rumah, aku perati cara abah menangani kerenah kami. Abah tak mengongkong tapi mengawasi. Dengan syarat kami bercakap jujur dan telus, abah takde masalah. Ingat lagi, dulu sebab aku agaknya ramai kawan jadi awalnya, abah takut aku ambik kesempatan. Pada satu hari aku mintak kebenaran nak ke Lata Jarum berkelah dengan kawan2. Abah sanggup tunggang motosikal mengendap aku rupanya... Dek kerana puas hati sebab aku keluar dengan kengkawan perempuan, sejak itu abah lebih percayakan aku...sebabnya aku memang akan bagitau dengan jujur apa yang aku buat...

Sekarang bila aku ada anak, kami cuba buat benda yang sama dengan mereka. Beza sikit bila kami beri anak2 peluang suarakan rasa hati. Natijahnya, anak-anak berani suarakan ketidakpuasanhati mereka. Ada la yang bisik2 kat aku, katanya cara kami ni seolah2 ajar anak jadi biadap. Tapi percayalah, kalau kita beri mereka peluang, hubungan kita dengan mereka akan jadi lebih telus dan mereka lebih appreciate kita. Adala syaratnya, mereka boleh bersuara tapi bukan kurang ajar dengan kami.

Lagi satu bab belajar, aku tak memaksa pun anak2 untuk mesti sentiasa jadi yang terbaik. Pada aku, mereka seharusnya berusaha ikut semampu mereka dan kita dorong saja. Kalau tak mampu nak jadi the best, usaha supaya lebih baik dari sebelumnya.

Ada yang kata..takkanla anak dapat macam ni je..mak pensyarah, ayah cikgu... Ntahla ekk..aku tak pegang prinsip begitu... memangla kadang2 aku guna dialog yang sama bila menceceh kat budak2 ni... tapi bila fikir balik tak adil rasanya...

1 comment:

hai said...

betul mi,zaman kita dulu terdidik dgn bercakap benar..pantang mak ngan abah kalo ckp bohong,kita pun x berani berbohongkan..tapi anak2 sekarang kita cuba didik gak cara yg sama..tapi mmg sukar!!perlu mengikut kesesuaian waktu skrg....