Friday, September 25, 2009

BERZIARAH DI AIDIL FITRI







Hari raya pertama aku lambat keluar berziarah... Pepagi lagi kami 5 beranak dah bangun bersiap nak bersolat Aidilfitri di Masjid baru Raub yang terletak atas puncak bukit dekat dengan Padang Golf. Memandangkan hari masih awal jadi aku berbangga sangat la dapat park kereta betul - betul sebelah tangga naik ke ruang solat...


Aku memang tak pernah sembahyang kat masjid tu so memang terpegun jugakla tengok keindahan nya. Lepas solat tahiyatul masjid, aku nampak Ustazah Azizah ( ustazah masa aku sekolah rendah ) aku pun pegi bersalam dengan dia. Tak lama lepas tu aku nampak Mama ngan Acha, depa ajak aku naik ke tingkat satu so aku pun ngangkut anak - anak naik ke atas.

Selesai sembahyang dan bersalam salaman orang ramai berpusu - pusu tinggalkan masjid...barula aku sedar tak berapa cerdik jugakla aku park sebelah depan sebab aku kena tunggu lama sebelum boleh drive keluar. Tapi ok jugakla sebab aku sempat jumpa ramai kengkawan yang dah lebih sedekad tak jumpa...sempat jugak bermaaf-maafan dengan keluarga arwah Pak Long Zainal ( Fizz Fairuz a.k.a Loyai ).

Selalunya selesai bersalam - salaman dan beraya dengan atuk nenek dan mak pak sedara, kitorang akan berbondong-bondong ziarah keluarga sebelah arwah abah tapi tahun ni aku tukar plan. Aku tunggu orang ziarah ke rumah Aki dan plannya sebelah petang baru nak keluar berjalan... Sempat la ziarah rumah Pok De Raman, rumah De Ros ngan rumah Mak Long Ani di Pintu Padang. Mulanya aku nak gi rumah Wan Andak tapi aku segan...kalau tak mesti dapat jumpa Pak Usu Izam yang dah jadi lecturer kat UK...

Tengah malam tu family abang Atan sampai dari Bachok, aku rasa seronok jumpa kak ipar dan anak - anak buah tapi hati aku sedikit bengkak sebab sampai je kat rumah mak abang Atan dok kutuk - kutuk aku...Esoknya kami beramai - ramai ke kubur arwah Abah dan lepas tu berziarah ke kampung arwah abah... Seperti biasa, aku rasa pedih teramat bila ke kubur arwah Abah... sesetengah orang mungkin tak faham dan rasa aku jenis yang taknak melawat kubur abah tapi orang tak tau aku memang tak gamak nak pegi kubur abah aku sangat sayangi... Takdanya dia membawa impak yang sangat besar kepada kami sekeluarga... Ye la...selama hari ni dia memang rapat ngan aku...

Singgah rumah Pak Andak Kadir, aku rasa mesranya macam masa arwah abah ada. Aku tak dapat tahan rasa sebak sayu bila Mak Andak menangis masa kami nak balik...sampai Laili pun menangis sama... Ye la...entah bila dapat jumpa Pak Andak ngan Mak Andak lagi...

Kami sekeluarga cadang nak berziarah ke Keramat rumah Pak Cik Bakar ( ayah kawan baik aku ) yang dah macam ayah aku sendiri. Masalahnya aku dah lebih 10 tahun tak pergi rumah dia dan aku dapat jangka dia akan membebel kat aku nanti... Apa - apa pun tu salah aku jadi aku kena la tanggung....

Paling seronok..aku sempat menziarahi cikgu kesayangan aku masa sekolah rendah ...Cik gu Azizah Md. Salleh...Terlepas rasa rindu dan paling best sebab keluarga dia ramah sangat menjadikan aku tak segan duduk lama kat rumah dia...

Tu lah sedikit sebanyak coretan sepanjang musim Syawal yang lepas... Ada jugak kisah - kisah sedih tapi biarla aku cerita dalam entry yang lain...

Thursday, September 24, 2009

SYAWAL DATANG LAGI...



Alhamdulillah... sempat jugak kita merasa kedatangan Syawal untuk setahun lagi... Sambil bergembira ria tak lupa aku panjatkan kesyukuran pada tuan punya alam kerana mengizinkan aku merasai lagi sekali nikmat berkumpul sesama kaum keluarga...

28 Ramadhan 1430H
Kami bertolak dari Tanjung Malim lebih kurang jam 3 petang. Dalam pada berbelah bagi samada nak ikut jalan Genting atau Rawang, akhirnya kami tiba juga di Tol Gombak lebih kurang jam 4.30 petang. Dalam pada anak - anak excited nak balik kampung, mereka habiskan masa sepanjang jalan tidur. Lebih kurang jam 5.45 aku dengar infor trafik di radio memaklumkan jalan Bentong sesak dan minta mana-mana pemandu yang bercadang nak menghala ke Lipis dan Kota Bharu untuk gunakan jalan alternatif di Sertik.. Kami singgah solat Asar di Petronas lepas Tol Bentong dan kemudian teruskan perjalanan. Aku cadangkan pada a. Khaizu untuk follow saranan info trafik dan kami pun lajak ke Sertik. Keluar di persimpangan Lebu aku agak terkejut tengok kereta yang sesak menghala Raub... Cisss...kalau aku tau baik terus ke Klau je... takpela jauh sikit tapi jalan clear... Akhirnya semasa azan Maghrib berkumandang, kami masih dalam perjalanan. Kami sampai di rumah Aki menjelang jam 8 malam... Hampir jam 11, kami pun bergerak ke rumah mak aku...


29 Ramadhan 1430H

Pepagi lagi mak dah kejutkan aku, mintak aku ke pasar beli ayam...daging tak payah katanya sebab Ijad dah belikan... Ntah kenapa akau dapat rasa mak tak berapa seronok nak raya mungkin sebab kak Long tak de... Alah... biarla aku malas nak ambik hati sangat...

Mama telefon aku mintak tolong belikan ayam untuk rendang dan barbeku malam nanti... Tengahari tu Cik ajak aku balik Bentong, bersihkan kubur kaum keluarga kat Ketari dan Labak... Baliknya kami sekali lagi ikut Sertik sebab jam teruk tapi kali ni aku ikut Klau.

Lepas tu aku angkut a. Khaizu ke pekan Raub, potong rambut, sambil - sambil tu aku berjalan keluar masuk kedai tumpang menyibuk dengan orang banyak yang sibuk buat last minute shopping...

Lepas maghrib mama ajak aku mulakan acara baca Yaasin tapi aku kononnya nak tunggu lepas Isyak..boleh takbir sekali...last - last ramai yang tak boleh join sebab depa kena anyam semula ketupat sebab yang first batch dah terhangus penangan bebudak yang ghalit buat benda lain masa orang suruh jaga air ketupat...

Wednesday, September 16, 2009

HAI HATI... REDHALAH...

Pernah tak korang tibe - tibe rasa sayu yang teramat sangat tapi korang tak boleh nak share ngan sesape sebab korang tak mau orang tau sebabnya? Aku ada cerite yang nak dikongsikan dengan sesapa yang suka baca coretan - coretan aku yang tah hapa - hapa ni. Sesungguhnya selama ni pun aku wujudkan blog ni sebagai diari tempat aku luahkan sebarang rasa suka, duka, mau pun apa - apa je perasaan...

Adala sorang kawan aku ni ( ??? )... cerita ni sebenarnya dah berzaman terjadi tetapi setiap kali benda ni terlintas dalam fikiran, dia sedikit sebanyak tetap rasa sayatan pedih natijah dari peristiwa yang dah lama berlalu namun tak berjaya dia lupakan ni...

Minah ni dulunya belajar di satu kolej...ditakdirkan pulak masa dia gi belajar tu, dia la yang paling muda dalam kelas dia so of course la dia ni dimanjakan dek kakak abang dalam kelas dia. Nak kata lawa, dia tak lawa mana pun...manis mungkinla kot tapi satu kelebihan dia mungkin dia peramah jadi ramai yang suke berkawan dengan dia... Pastu dia ni suke jage hati orang jadi orang memang mudah cair la dengan dia...

Nak dijadikan cerita, dia ada kawan baik tapi budak ni lelaki... tapi depa memang tak kisahla...tetap jadi best friend berkongsi cerita suka duka. Memandangkan Minah ni minat bersosial dan halus jiwanya, maka dia pun cuba - cuba la jadi ahli kelab drama kat kolej dia. Dah nama pun berpersatuan, maka mesti la akan jumpa ramai orang dari kursus berbeza... Ditakdirkan la Minah pun berkenalan la dengan sorang Mamat ni... Disebabkan diorang ni banyak sangat persamaan maka akhirnya mereka jadi kawan baik. Asyik la berkepit bila ada aktiviti kelab.

Disebabkan baiknya mereka berdua, maka mereka tak kisah nak bergurau senda, kadang kadang bertekak pun sampai merajuk - rajuk. Biarpun ada dah orang keliling yang mula bertanya apa status nya hubungan mereka, namun Mamat dan Minah tak nak komen apa - apa.

Makin lama mereka sama - sama rasa perasaan mereka mula berlain.Dari giat - giat orang banyak, Minah tahu Mamat mungkin ada maksud lain namun Minah takmau menaruh perasaan. Satu hari, Mamat mintak Minah tunggu sehabis persatuan sebab katanya ada nak berbincang. Malam tu, sebaik balik dari perjumpaan Minah menangis puas - puas dalam bilik. Hatinya rasa terhina dan terhiris dengan apa yang dia dengar dari Mamat. Dia rasa sedih bila Mamat mintak dia anggap Mamat sebagai hanya abang sebab Mamat kata dia dah ada calon dan akan bertunang...

Esoknya, Minah ambik keputusan untuk jauhkan diri dari Mamat... namun petang harinya tetiba ada yang bertanya apa dah jadi sebab katanya sepanjang kelas ramai yang perasan Mamat tak tumpu belajar dan asyik merenung ke arah Minah yang sengaja duduk dibelakang kelas... Dan dari cakap - cakap orang juga Minah tahu Mamat mungkin ada perasaan padanya tapi kenapa perlu dia ditipu dengan kenyataan - kenyataan bohong dari Mamat. Adakah Mamat hendak menguji...

Anyway, hidup mesti diteruskan...Minah makin matang, makin dewasa maka Minah mula pandai berhubungan dengan ramai jejaka lain dikolejnya. Akhirnya Minah pun ditakdirkan bertemu jodohnya...ramai kawan kawan datang meraikan maklumlah teman pilihan Minah adalah kawan sekolej mereka juga. Mamat pun hadir di majlis namun ramai yang bingung dengan kekusutan rupa paras dan tingkah laku Mamat... Hampakah dia sampai tak terurus rupa parasnya, kecewakah dia hingga menitiskan airmata ambil menghulurkan ucapan tahniah.

Berbelas - belas tahun berlalu, namun rupanya masih ada perkara yang tidak selesai antara mereka berdua. Minah masih terasa pedihnya berpisah tanpa sebab, Mamat mungkin sesal dengan perbuatan dia yang dah lepas maka keadaan itu menyeksa mereka. Biarpun mereka sangat bahagia dengan keluarga masing - masing namun masih ada parut - parut halus yang terkadang mengeluarkan rasa ngilu bila sesekali peristiwa - peristiwa lama datang mengganggu...

Entahla ye... perkara -perkara berkaitan hati dan rasa ni tak sama antara manusia... Mungkin pada kita semua sepatutnya semua kenangan antara mereka dihapuskan supaya tidak menggoyahkan apa yang mereka miliki sekarang namun sebagai insan biasa kita terpaksa akur bahawa jiwa, hati, perasaan dan segala apa rasa itu datang tanpa kita rancang ceritanya dan tahu rahsianya... Macamanala mereka nak selesaikan masalah mereka ye...

Sunday, September 13, 2009

KUTU = BOTAKKAN KEPALA


Hari ni kami sekeluarga ke Sungai Buaya berbuka kat rumah Kak Erie kakak ipar sulung aku... Aku memang selalu lookign forward ke acara-acara gathering begini sebab biarpun jumlah ahli keluarga tak ramai mana tapi tetap meriah sebab anak - anak buah aku dah besar-besar so banyakla yang akan dicelotehkan...


Nampak suka benar Kak Erie menyambut kami...maklumla dah lebih 4 bulan tak jumpa sebenarnya. Nama je duduk berjarak 30 minit perjalanan, tapi kesibukan yang tak berkesudahan selalu membantutkan kesempatan nak berjumpa.


Lebih kurang jam 6, Kak Ano sekeluarga sampai dari Tasik Puteri... Riuhla mulut abang Aziz melayan anak - anak aku yang memang sangat menjadi perhatian sebab depa la yang paling kecik...


Tengah sibuk - sibuk menghidang makanan aku terdengar riuh rendah si Saidah mengilai... mulanya aku tak ambik port pun...tapi aku dengar makin beria pulak sebab dah makin ramai yang sambut gelak...


Dengan hilaian yang tak berhenti - henti, si Saidah bercerita yang kak Awa botakkan kepala. Aku yang mulanya tak percaya rasa sangat terperanjat bila aku berpaling dan nampak si Salwa memang hampir botak ( anak - anak rambut tengah tumbuh ) macam Mawi. Aku tanyakan kenapa, dia pun bercerita, asalnya dia rasa kepalanya berkutu, dia gi kedai nak potong rambut tapi amoi tu dah tertobekkan kepala dia.. Last - last dia bengang terus dibotakkannya...


Memang si Awa ni berani gila la... Dia buat aku teringat kan Bai Ling dalam Anna and the King... dahsyat betul anak aku yang sorang tu...

Saturday, September 12, 2009

MENJUNJUNG KASIH...








Petang semalam, kami serombongan ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebagai wakil PSAS memenuhi undangan majlis buka puasa bersama Raja Muda Perak. Ini pertama kali aku dapat jejak kawasan istana tu walaupun dulu masa practical kat Kangsar pernah la aku round - round kat kawasan Masjid Ubudiah ngan Istana tu.

Sampai di Istana lepas kami berenti Sembahyang Asar di Hentian Sungai Perak jam 6.30 petang. Biasala, bagi kami yang jarang jarang dapat masuk melepasi pintu masuk istana of course la peluang ni sangat bermakna. Maka jadila banyak insiden setiap 10 meter berjalan, masing - masing pun sibuk berposing kat sana - sini.

Kami kemudiannya terus diusher ke Balai tempat buka puasa... Sempat lagi kitorang snap gambar pinggan mangkuk ngan kuih - kuih yang dihidang...konon nak buat bukti... Siap ambik lagi gambar kuih cucur badak yang saiznya lebih kecik dari tamar yang dok ada atas meja hidang tu. Lebih kurang pukul 7.00 Duli Tuanku pun masuk... Masya Allah, kagumnya aku tengok kecantikan depa...

Lepas buka, semua diminta bergerak ke Balai Istiadat untuk sembahyang jemaah Maghrib. Sempat jugak lagi tu berposing dalam Balai tu... Lepas sembahyang barula ada majlis santapan. Selesai makan kena naik balik sembahyang Isyak dan Tarawih... Walaupun sembahyang Tarawihnya pendek tapi tidakla terkocoh - kocoh. Sempat lagi kami bergambar dengan Puan Muda.. Heh heh... Cantik sungguh...macam bergambar dengan patung...

Penutupnya ada moreh... Ha ha makan lagi... Kali ni makan beehoon goreng ngan cucur pulak... selesai acara, kami kena berbaris sebab Tuanku berkenan nak beramah mesra.. Aku ngan Kak Ti sempat lagi buat - buat kelakar... Sampai kat turn Kak An, kitorang suruh dia introducekan kitorang sekali... Bila Raja Nazrin tanya dari mana, Kak An pun jawab, dari Politeknik Sultan Azlan Shah... Dia pun tunjuk kat kitorang yang lain ...ni semua dari sana ke? Tetiba aku terjawab..ye...sama seperti di atas... Maaaaakkk... malunye....

Dah selesai berposing - posing, kitorang pun bertolak balik...sampai kat PSAS lebih kurang jam 12.30 tengah malam.. Okay la jugak experience kali ni.... Seronok sebab dapat pengalaman baru...

LAMA TAK JUMPA

Sebagai memulakan semula kisah - kisah yang nak aku sharekan dalam blog ni biarla aku mohon maaf dulu pada sesiapa yang sentiasa rajin membaca blog aku ni terutamanya pada diri aku sendiri sebab dah lama betul tak update pengisian dalam ni. Bukan masalah sibuk tapi masalah FB and blogging is no longer permitted kat ofis.... Sehingga akhirnya aku ambik keputusan untuk sign up utk wifi di kuarters so that there'll be no more problems for me to be online... Satu lagi sebab nak stopkan anak teruna aku dari kerap sangat nak ke cybercafe kat sebelah ofis aku ni... Pegi sana pun dia bukan buat apa... dok main game so baikla aku masuk wifi biar dia main je kat rumah...senang sikit hati aku...

Hari ni , pepagi Ahad ni memang la rumah aku akan sunyi habih... Diorang ni lepas subuh je akan tido balik and start pukul 10 atau 11 barula rumah aku akan bernyawa balik... Kalau anak dara aku yang sorang ni lagi aa teruk... Silap - silap dekat Zohor karang baru dia sedar...

Di kala ni, masa aku tengah duduk ngadap komputer ni, hanya ada adik Naeim je yang temankan aku... siap tergedik - gedik lagi menari sambil dengar lagu Hindi yang aku pasang sambil menulis ni...

Bulan puasa kali ni aku rasa banyak sangat makna pada kami sefamily. Terlampau banyak rahmat Tuhan dan rezeki yang kami terima yang menambahyakinkan aku dengan kuasa Allah dan Kun Fa Ya Kun... Tak tau macamana aku nak gambarkan dan ceritakan tentang satu demi satu rezeki dan kebaikan yang Allah kurniakan... Tak henti - henti aku ucapkan syukur dan rasa betapala kita ni sebenarnya sangat bergantung kepada Allah... Betapala besarnya kasih sayang Allah pada semua hambanya...

Doa aku mudah - mudahan segala kebaikan dan kelebihan yang kami sekeluarga perolehi sepanjang Ramadhan kali ini tidak menjadikan kami manusia - manusia angkuh dan semoga tahap keimanan kami bertambah dengan segala kurniaan ini... Aminnnn....

Wednesday, July 22, 2009

BAKAT...

Dah lebih seminggu rasanya aku tak update blog ni... Banyak sangat keja dan banyak sangat benda lain yang nak dibuat. Pastu idea pun macam taknak datang sangat...

Dua hari lepas aku ke SK Trolak Utara jemput hubby and Syamil dari sekolah. Sambil menunggu tu aku sempat belek - belek papan notis kat pondok NILAM sekolah tu. Aku pun nampak iklan pertandingan buku skrap. Temanya Perdana Menteri Malaysia.

" Ha Syamil...masukla contest ni..." aku pulak yang terlebih excited.
" Malas la..." Ya Rabbi...selamba dan laju je dia jawab. Rasa aku nak luku je kepala dia tapi memandangkan masa tu ramai orang sebab waktu balik sekolah, terpaksa la aku control ayu. Aku taknak la orang label aku tak sayang anak...

Balik tu sepanjang jalan ake dok merangka apa nak dimasukkan dalam buku skrap tu, apa designnya, kertas warna apa nak pakai... Maklumla zaman aku sekolah dulu mana ada pertandingan gini... Tu yang jakun tu...

" Hai...Ummi pulak yang lebih...nanti tulis nama Ummi tau jadi peserta... " tetiba je Abg Khaizu menyampuk... Terus aku diam...hmmm dah terlebih sudula pulak gamaknya aku ni ye...

Tak taula aku samada sebab anak aku lelaki ke ataupun dia bosan sebab jadi anak cikgu, makanya dia selalu kurang minat nak aktif kat sekolah... Cikgu dia suruh masuk nasyid, dia pegi tarik diri...Cikgu dia suruh masuk Spell It Right, dia kata dia tak boleh ngeja... Gamaknya dia taknak orang kata dia terlebih kot, mentang - mentangla anak cikgu...

Yang aku herannya kalau kat rumah dia la hebatnya. Bayangkanla dia boleh nyanyi lepas satu lagu ke satu lagu depan sepupu2 ngan Mak Erie dia ( kakak ipar aku yang sulung ). Siap buat lawak sampai Ayah Said dia panggil dia Pak Lawak...

Memang aku peratikan dia kat sekolah macam taknak menonjol...agak aku mesti ada kena mengena dengan kengkawan kot? Mungkin kawan2 dia yang lain tak aktif so dia ikut supaya dia sama je macam depa...

Ada satu benda je yang dia memang aktif dan suke...main bola sepak. Ha yang tu dia memang tak sorok - sorok bakatnya... Hmm...ntahla..anak lelaki..macam macam...

Monday, July 13, 2009

APA DAH JADI???

Pagi semalam sambil tunggu nak gi keja aku sempat tonton MHI... terdengar Abby Fana baca laporan akhbar pasal students perempuan buli kawan depa kat Terengganu. Aku mengucap dalam hati... Apa nak jadila budak - budak ni... Tak takut ke kalau apa - apa jadi kawan tu?

Malam tadi sempat tengok berita...terperanjat beruk tahap gaban aku tengok clip video yang dirakam pasal aksi membuli tu... Ya Allah aku memang tak menyangka ada budak seganas tu di muka bumi ni. Sepak kawan macam sepak guni pasir...

Memang layakla budak tu kena buang sekolah kalau tahap gitu moral dia. Tapi kalau kita baca balik laporan akhbar tu sebab musabab nye lekeh benar. Sebab tak puas hati kawan kena puji pun boleh jadi sampai nak bergusti bagai. Kalau dibiar - biarkan mau berbunuh bunuh rasa aku...

Kesian yek... tak cukup puas hati ke dengan anugerah Allah pada kita. Kalau aku la, bab bab kecantikan ni perkara remeh benar pada aku... Apa nak heran, semua kejadian Allah tu cantik... hanya jauhari kenal maknikam... Pada orang ni kita mungkin tak cantik tapi pada orang lain kita mungkin cantik...

Ngeri jugak memikirkan keadaan anak - anak zaman moden ni... Buat apa - apa macam tak takut Allah... Di buatnya mati anak orang tak ke naya... Hish... nauzubillah...mudah mudahan janganla anak - anak aku berperangai serupa...

Friday, July 10, 2009

COMFORT ZONE!!!

Pagi semalam bila aku bukak Facebook, terus terbaca status kawan aku si Vimalah : after motnhs of drama, the verdit is frustrating... Aku pun hantar comment tanya kenapa. Tak lama pastu dia pun jawab, PPSMI la...

Hmmm... aku pun tak tau nak kata apa. Of course aku pun rasa frust sebab aku tak faham kenapa mereka - mereka concluded that PPSMI tak berjaya sedangkan baru je 6 tahun diimplementkan. Dan betul ke tak berjaya? Aku tengok it was not that bad...

Ada orang tanya, kenapa perlu kita paksa anak-anak kita belajar Maths and Science dalam English dengan tujuan untuk memperbaiki standard BI di Malaysia. Aku nak tanya diorang tu balik, kat mana diorang baca yang itu lah tujuan nya kita ajar Maths and Science dalam English? Sedangkan aku yang memang terlibat dalam memberi training kepada technical lecturers yang kena ajar subject depa in English pun selalu diingatkan untuk beritau lecturer-lecturer ini bahawa kita nak mereka sampaikan konsep subjek tu dalam English but it is not necessarily perfect English... Kita nak students familiar dengan English terms and concepts sebab mau tak mau bila mereka naik ke tertiary level, kebanyakan reference books depa dalam English...

To survive dalam globalisation era ni, kita kena boleh bersaing... Macamana nak bersaing kalau tak boleh communicate. Ramai orang suka jadikan Jepun tu sebagai bandingan. Jepun tak sama dengan Malaysia. Jepun keluarkan banyak teknologi so orang depend kat depa and that's why depa boleh berdegil nak guna bahasa ibunda mereka walaupun in reality, mereka pun ada problem nak bergerak globally... Kita ni Malaysia, negara membangun...

Ntahla... semalam jenuh jugak aku bertekak ngan ada sorang mamat ni yang macam hebat sangat berhujah dalam FB tu... Dia kata dia pun terror English walaupun tak belajar Maths and Science dalam bahasa penjajah tu. Masalahnya dalam dia dok berhujah tu, banyak kesilapan bahasa yang aku perati... Eja taught pun salah macamana tu?

Aku pun sayang pada bahasa ibunda aku. Walaupun aku ngaja English, tapi aku tetap pandai berpantun, sajak, menulis novel. Kita perlu bergerak ke depan kalau kita nak maju. Masalah dengan orang kita ni sebenarnya, kita tak mau keluar dari comfort zone. Dah selesa dengan sesuatu keadaan...bila diterjah sikit...tak mau mencuba...pastu hingar sana sini...

Pergilah jumpa cendekiawan2 kat UITM yang dah berpuluh tahun mengajar subjek teknikal dalam BI. Tanyala graduan - graduan mereka... Ada benefitnya juga kalau PPSMI diteruskan. Apa-apapun keputusan dah dibuat... Kita ni siapa, kita hanya rakyat... Wakil - wakil rakyat itu yang lebih bijak... Biarla mereka yang mencorakkan negara ni...

Tuesday, July 7, 2009

FAREWELL...


Dalam 2 minggu ni antara berita yang paling sensasi rasa aku ialah berita perginya Jacko aka Michael Jackson sebab heart failure... Masa aku dengar berita tu, aku di KB... Ingatkan just rumours tapi rupanya memang betul.


Sepanjang 2 minggu ni kerap jugak la kita dengar lagu - lagu MJ dimainkan kat radio... tapi dalam banyak - banyak lagu tu aku paling tersentuh bila dengar I'll be There dengan You Are Not Alone. 2, 3 kali jugakla aku termenangis bila dengar lagu tu...


Ramai orang claim, depa die hard fan of MJ... Aku bukanla sampai tahap tu tapi aku memang suka lagu - lagu and performances dia. Ingat lagi masa mula - mula kenal Grammy Awards la dan macam - macam lagi English Entertainment Programmes ni, aku masa tu dalam Darjah 4... Sanggup aku ngan Kak Ati meredah gelap malam semata- mata nak gi menumpang tengok TV kat rumah arwah We Kama kat Rotan Tunggal. Paling dahsyat lagi, Kak Long aku sanggup gi menumpang tengok video clip Thriller, Billie Jean ngan Beat It kat rumah Cina mana tah semata - mata sebab suka dengar lagu - lagu MJ.


Kita takkan boleh lupa pada jaket merah penuh sequin yang dia suka pakai, sequinned white glove and his dark glass. Yang paling aku suka tengok, his smiles.Video clip dia yang memang jadi kegilaan aku The Way You Make Me Feel ngan Black or White...


Malam tadi aku tak boleh tido actually, dok risaukan a. Khaizu yang masuk wad kat HUKM. Hangin jugak la aku sebab nobody called me informing that he was admitted. Dekat pukul 9 malam baru aku tau. Itu pun aku yang gi call dia... But truthfully, nothing serious. Diorang cuma nak update record... Dalam berjaga tu aku pun tengok Memorial Service untuk MJ di Staples Centre...


Pada aku, it was a very touching occasion... menangis jugak la aku dengar Mariah Carey nyanyi lagu I'll Be There, dengar speech Brooke Shield, abang MJ nyanyi lagu Smile ngan masa family dia buat farewell speech. Teringat aku one of the mourners kata, Jacko ni unik sebab dia sebenarnya pemalu tapi bila on stage, buat performance... dia jadi orang lain... and bila Brooke Shield kata the most beautiful thing yang ada pada MJ was his smile ( lebih kurang gitula katanya ).


So today, the world bids farewell to a very special person, who connected many hearts, who brought happiness to millions of people and who have united the world with his singing and dancing... May you rest in peace... and may Allah protects you... Mikaeel....

Monday, July 6, 2009

AHLAN WA SAHLAN...

Semalam hari yang sibuk buat seluruh warga PSAS ni. Maklumla anak - anak baru mendaftar. Pepagi lagi aku dah tercongok kat ofis pastu gi round setiap block tengok persiapan pendaftaran. Nampak everything okay je...

Menjelang pukul 8, dah ramai ibu bapa ngan students yang sampai. Tapi untuk mengelakkan kekecohan, depa diminta mendaftar selepas pukul 8 sebab nak tunggu orang hospital sampai dulu buat screening H1N1.

Hampir pukul 11 aku pun round buat kesekian kalinya ke block - block. Nampak block perempuan masih smooth. Singgah di Block V3 dan V4 aku tengok barisan makin panjang. Bila aku jengok ke kaunter, tengok kunci bilik dah tak banyak mana... Aikkk, aku dah tak sedap ati...takkan bilik tak cukup?

Tetiba Nahar bisik2 kat aku kata bilik memang tak cukup sebab nampaknya students lelaki melebihi jangkaan... Woihhh ni kena ada contingency plan ni. Cepat - cepat aku jengok V2, nampak masih okay so kalau apa - apa nanti aku akan usher bebudak yang masih tak dapat bilik ke V2.

Ada parents yang dah mula panas sebab bimbang anak depa tak dapat bilik. Aku consult En. Aziz dan Timbalan Pengarah, cadangkan supaya depa kumpulkan parents yang menunggu tu dan explain yang abak mereka pasti akan dapat bilik namun perlukan sedikit masa untuk sort kan biliknya semula.

Pukul 3, aku dah bagi kan depa bilik baru, tetiba timbul pulak kekecohan lagi bila ada antara students yang tukar bilik suka - suka ati depa. Aishhhh...ni yang menggeramkan aku ni...tapi still aku control depan parents. Akhirnya aku khabarkan pada parents, mintak mereka tinggalkan aje anak mereka di hostel dan janji menjelang petang tu anak depa mesti akan dapat bilik.

Adala antara bapak budak yang tak puas hati sebab anak depa dapat bilik bertiga @ dorm. Ya Allah...aku pun tak faham... sekurang-kurangnya kami berusaha meneyediakan bilik...ada poli yang tak tawarkan asrama pada students dia. Lagi susah...

Tapi aku bersyukur sebab sampai petang tu aku masih boleh control... masih boleh senyum dan ketawa... malas nak ikut sangat emo... takpa la..aku anggap parents ni tak faham dan mereka bimbang anak - anak mereka tak dijaga...

Fizah kata bersabar, banyak pahala sebab keja macam ni. Mudah - mudahan la...

Tuesday, June 30, 2009

TABAH ... PASRAH ...

ABOUT ME
The most unforgettable day in my life is on 25th November 2008 when I received offer letter from Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) to continue my study in Mechanical Engineering. I am so grateful and happy because my ‘doa’ fulfill by Allah S.W.T. I am so excited to become as student again after 1 years I waiting for it. On 11th January 2009 I have registered at hostel PSAS on 12 noon. Here, they didn’t call hostel but ‘kamsis’. A few minutes later, when I’m busy clean up my room an announcement make as all new students had to gather at 4.30 p.m for orientation week. All new students must join orientation week for 6 days and 5 nights. Orientation week teach me the meanings of scarification, strong and resolution because orientation week really challenge my physical and mental. 12th January 2009 I register my module that I must take in semester 5. Now I’m NurulHuda Binti Shamsudin and my matrix number 15 PTP 08F2 001 became a part of PTP 5. I hope I can be the most best student in PSAS and I want make my family and lecture proud of me.InsyaAllah...
Karangan pendek ni aku jumpa semasa sibuk nak clearkan inbox kat yahoomail. Ni adalah tugasan pertama untuk semua student Sem 5 yang aku bagi pada depa untuk semester ni. Kenapa yang ini istimewa? Kenapa aku tak upload hasil kerja student lain yang mungkin lebih baik? Sebabnya? Sebabnya... penulisnya dah kembali ke PenciptaNya.
Tak akan aku lupa macamana sayunya hati aku semasa mencium dahi dan pipi kaku, sejuk, anak muridku yang sorang ni. Macamana aku tak dapat tahan airmata dari menitis semasa mengusap kepalanya sebelum jenazahnya disembahyangkan... Rasanya macam anak sendiri yang pergi mengadap Tuhan...
Sikit pun aku tak jangka dia sedang menanggung kesakitan yang amat berat kerana barah rahim. Dia masih mampu datang kuliah sehinggalah dia dimasukkan ke wad di HKL kerana sakitnya makin memberat.
Ingat lagi waktu aku telefon bertanyakan keadaannya, dia masih boleh bergelak ketawa dan bergurau. Bila aku tanyakan, apa perasaannya bila dimaklumkan dia menghidap Barah peringkat 4, dalam gelak dia menjawab : Saya pasrah dan redha puan. Saya bersedia...
Aku pasang niat dan angan - angan nak pergi melawat dia di HKL tapi ada saja halangannya sehinggalah akhirnya aku terima SMS dari Yazid, studentku yang paling rajin melawat arwah di hospital... Alfatihah untuk Nurulhuda yang baru kembali ke Rahmatullah... Tak terkata rasanya....
Betapalah dia menerima dengan rela hati dugaan Tuhan yang pada aku amat berat... Betapa dia cuba menikmati sesungguhnya hari - hari terakhir hidupnya dengan tersenyum dan bergelak ketawa.. Kalau kita, mungkin kita tak mampu jadi setabah dia... mungkin kita akan duduk menangis, menyesali kenapala kita yang diuji sehebat itu...
Alfatihah...

Sunday, June 28, 2009

SHORT TRIP...

Dah 3 hari aku mengerekot kesakitan.... Perut ni memulas gile babas ni... Dah tak terdaya rasanya membawa diri... Nak nak lagi dicampur pulak dengan kegelabahan aku menanti perkhabaran nasib ku pagi ni....

Ya Allah, aku mohon kasih sayangmu... janganlah kau uji aku dengan ujian yang tak daya aku hadapi...Janganlah kau bebankan aku dengan beban yang aku tak mampu galasi... Mudah - mudahan kasih sayangmu pada ku melimpah ruah untukku... Amiiinnnnn.......

Sepanjang minggu lepas aku di Kota Bharu menghadiri Seminar Peningkatan Kualiti Warden Asrama. Overallnya, aku tak berapa puas hati dan seronok dengan perjalanan sesi sepanjang kursus sebab kurang menepati apa yang kami perlukan. Namun segala ilmu dan maklumat yang diperolehi sepanjang minggu itu aku hargai dan jadikan panduan Insya Allah...

Lagi satu yang buat aku sangat tak seronok sebab aku demam. Agak teruk jugak la sebab tonsil aku bengkak so melarat-larat sampai ke tengkuk dan kelenjar... Ditambah pulak dengan slot yang agak suam suam kuku makanya aku hampir-hampir nak mintak excuse dan tidur kat bilik. Memang tak terdaya sangat...

Hari Khamis, memandangkan orang dah mula tak bersemangat nak teruskan sesi, Ustaz Amri ( Urusetia dari BKPel ) hentikan sesi pada pukul 4 dan bersambung semula jam 9 bagi sesi perbincangan. Aku ambik kesempatan ke rumah abang Atan... Ngengada sungguh aku mintak abang Atan jemput aku kat hotel biarpun aku memang dah sedia maklum dia takkan menolak...

Kak Imah suruh aku ponteng je sesi malam tapi a. Atan kata tak payah... Dia janji nak jemput aku semula di hotel selepas sesi dan katanya nak ke Tok Bali makan pulut ngan ikan bakar... Fuuuhhhh.... favourite aku tu...

Hampir pukul 2 kami sampai kat rumah lepas makan pulut ikan bakar... Kali ni memang tak sempat nak borak panjang sebab ni kira lawatan singkat je... Aku ingatkan diorang suruh balik beraya kat Raub nanti... Nampaknya si Asilah dah beria - ia pasang angan - angan... Mudah - mudahan jadila....

Monday, June 22, 2009

OPAH LONDON???

Pagi tadi aku temankan suami pergi ke sekolah lama anak terunaku. Jam 9.30 pagi abang Khaizu dah terpacak depan tangga kuarters, sempat lagi aku belek jam...Heh heh..ngam ngam je aku sampai...Kalau tak panjangla bebelan dia... Dia ni memang panas sikit kalau kita tak tepat janji...

Dalam kereta dia bagitau si Syamil kirim beli air...Mesti botol besar...dia mengulang permintaan anak sulungku... Sambil tu dibelek-beleknya beg yang berisi penuh buku buku teks yang akan dipulangkan ke sekolah. Terselit buku rampaian PSK dalam beg tu.

Sambil abang Khaizu leka mengisi minyak, aku sempat lagi membelek-belek buku rampaian anakku... Tergelak aku bila membaca jawapan latihan yang anak teruna aku catatkan dalam bukunya. Dia belajar bab keluarga asas dan keluarga kembangan... cikgunya mungkin mintak mereka menuliskan maklumat keluarga asas dan keluarga kembangan mereka... Dek kerana selalu sangat kami menceritakan kisah opahnya ( mak suamiku ) yang dipanggil Opah London, dia mengisi ruangan nenek sebagai Opah London... Agaknya dia sangka itulah nama opahnya...
Padahal nama almarhumah Hadijah bt. Naam...

Macam tu jugakla aku sekarang ni...di sebelah suamiku, aku ni dah berpangkat opah... Untuk memudahkan bebudak kecik ni mengecam aku dan membezakan aku dari opah - opah depa yang lain, aku digelar Opah Cikgu... Tak mustahil rasanya satu hari nanti ada antara mereka yang ingat nama aku Cikgu... Dan disebabkan aku adalah Opah yang paling bongsu, kebanyakan mereka memanggil aku Opah Muda... Kira paling havoc la kalau nak banding dengan opah - opah yang lain...

Wednesday, June 17, 2009

LAIN PADANG LAIN BELALANG...

Minggu lepas kami di Kelantan...walimah Fatin... Aku sampai kat rumah Abang Atan hampir jam 1.00 pagi. Biasala aku kalau jumpa a. Atan mesti payah nak tidur...berborak - borak sampai dekat pukul 4 pagi.

Sebagai orang luar, ada banyak benda yang aku tak berapa faham dengan budaya Kelantan... Kelakar pulak tengok a. Atan tambah pening bila aku dok asak dia macam-macam pasal persiapan kenduri. Ye la...mana aku tak cuak... Kalau kat tempat aku, bangsal kerja ngan bangsal makan tu dah siap pasang dalam seminggu sebelum kenduri...ni aku gi rumah dia satu benda pun tak naik lagi... Semua akan disiapkan hari Rabu... Pening aku, Rabu malam nak nikah pas tu Rabu pagi baru nak pasang semua bangsal dan pelamin... Last - last aku dok diam je la... Malas nak campur tangan...

Selasa tengahari, aku ngan a. Khaizu dilantik jadi chef untuk makan anak - beranak... Aku bantai masak gulai lemak ayam, goreng kobis ngan hati ayam pastu goreng ikan masin... Petang tu Kak Long sampai dekat nak maghrib... sempat lagi si Ikram bisik kat aku..." he he Mak Ngah, jap lagi Mak Long sampai... habisla Mak Ngah...maklumla Bawang Putih Bawang Merah " bertuah punya anak sedara... Seronok dapat jumpa Ipan, Anan, Aman yang dah lama jugak aku tak jumpa.

Kak Imah mintak aku ngan Kak Long buat hidangan makan beradab... bantai la...walaupun tak berapa confident... malam tu aku siapkan perapan untuk ayam, udang ngan ikan bawal. Dekat pukul 4 jugakla aku tido. Esok tu bangun, goreng je semua tapi ayam tu kitorang kukus dulu baru goreng.

Abang Man ngan Kak Long buat hiasan buah, puding ngan kuah untuk ayam. Aku buat semua garnishing ngan kuah ikan bawal.... Puas hatila jugak dengan hasil keja sendiri...

Ironinya takde sekeping pun gambar aku dengan pengantin...ntahla sekarang ni aku memang jadi malas nak bergambar. Masa suap pulut semangat pun aku tak pegi sebab ntahla yek... aku dok teringat kat arwah abah actually... Lagi satu aku ni memang allergic tengok orang kawin...nanti aku mudah sayu... Mizah kata emo terlebih....

BIAR DIA RASEEE..

Hari ini aku sibukkan diri menyiapkan beberapa perkara berkaitan kerja. Bertalu-talu jugakla terima panggilan telefon daripada parents yang nak tolong cover anak yang tak dapat tengok result sebab tak pulang kunci ke asrama... Selama hari ni bebudak ni pulang ke tak pulang ke kunci asrama tak pernah ada tindakan tapi kali ni...ha ambik kau...

Masalahnya bukan sedikit duit yang kami terpaksa keluarkan untuk mengganti balik kunci - kunci yang depa tak pulang ni... Kadang - kadang geram jugak dengan sikap kureng bertanggungjawab depa ni... Apa la susah sangat.... sebelum balik hujung semester tu, singgah kejap kat pejabat asrama dan pulangkan kunci...

Ramai jugak yang bagi alasan dah mintak tolong kawan pulangkan... ni lagi satu penyakit... yang diri tu dah memang malas nak gi pulang, suruh kawan pastu kawan pun 2x5...lantakla korang...jawapan aku pada diorang dan mak bapak diorang senang aje...kalau awak dah pulang kunci maknanya awak dah tandatangan... Kalau awak tak tandatangan maknanya tiada bukti menyatakan awak dah pulang kunci. Kalau awak nak result exam, awak hanya perlu pulangkan kunci atau bayar RM 6.00 untuk kunci...

Ntah apalah yang depa ni fikir agaknya... Kalau aku, daripada aku terpaksa susahkan diri datang ke poli dan buat macam-macam benda kan lebih senang kalau awal - awal dulu dah siap siap selesaikan... Tak mau pikir masa buat pastu mula la nak marah - marah sebab result kena tahan... Biar dia raseeeee....

Tuesday, June 16, 2009

HMMM....

Minggu ni agak sibuk...padan muka aku...sapa suruh cuti seminggu...He he...

Esok, lusa kena attend Kursus Menjawab NCR yang sebenarnya aku dah pernah attend tapi takpa, memperkayakan ilmu pengetahuan yang kita ada...

Semalam sibuk uruskan pertukaran sekolah Syamil ke Trolak Utara... Kesian dia...selalu kena tukar sekolah... sebab tu aku tak terlalu paksa dia untuk excel dalam pelajaran dia... Maziha hantar mesej semalam bagitau yang aku kena gi meeting kat KB next week... Nampaknya kena pindah cepat-cepat la ke Trolak kalau tak kelam kabut jugak anak-anak aku...

2,3 hari ni aku banyak refleksi diri, betapa Allah tu sangat pemurah mengurniakan aku bermacam-macam jenis nikmat dan kurniaan... Sesekali diujinya tetapi Alhamdulillah masih dapat aku tangani...

Semalam tiba-tiba aku tefikir kenapala aku sign DH dan masuk ke skim baru ni? Kalau aku tak sign DH dah tentu aku akan diposting kan ke sekolah semula. Tak payah la pening - pening kepala dan stress selalu. Tapi aku teringat pulak Anwar Arshad cakap, ada sebab kenapa kita diletakkan di sesuatu tempat tu... Akhirnya tentu ada kebaikan untuk kita...

Sejak kebelakangan ni..mungkin sebab dah meningkat umur kot... aku banyak muhasabah diri, dan berbalik pada agama... Apa - apa aje yang jadi pada aku...aku serahkan pada Allah...hati jadi lebih tenang dan seronok begitu...

Thursday, June 4, 2009

SINCERITY??? PURITY???

Pepagi tadi aku sempat bukak blog sepupu-sepupu aku....tahniahla untuk Najib yang dah selamat berkonvokesyen... Seronok tengok adik - adik sepupu berjaya... Pastu baca blog kak Noni aku ngan Kak Hai...terbaca entry kak Hai tentang Hari Ibu...

Hari Ibu?... Ntahla, tapi kat rumah aku sama je... takde sambutan pun. Aku ni pepagi lagi dah bagi hint kat anak-anak ngan abang Khaizu tapi diorang buat dekkk je... Aku pun bukanla kisah sangat... Malamnya aku sengaja provoke Syamil..." hei, awak ni taknak pun cakap Selamat Hari Ibu kat Ummi ye?" hmmm memang dah lumrah anak lelaki kot...dia diam je seribu bahasa...

Hari Isnin tu, balik dari sekolah...anak dara aku si Kak Ya...tergagap - gagap ucapkan Selamat Hari Ibu... anak perempuan memang pandai " racun " jiwa mak bapak kan.... Dipeluk ciumnya aku...

Hari Rabu petang a.k.a dah over belated pun tetiba Syamil hulur sekeping kad buatan sendiri. " Nah, yang Ummi nak sangat ". Aku pun bukak kad tu baca apa yang dia tulis kat dalamnya...
" Selamat Hari Ibu Ummi... Nah kad yang Ummi nak sangat, Syamil buat. "

Tiba-tiba aku terfikir, ha...ah kan dengan bermacam jenis hari yang disambut kat Malaysia ni...apa yang kita cuba nak nurture sebenarnya... memang niatnya baik, sebab nak pupuk kesedaran dan kasih sayang tapi kadang-kadang dah jadi macam tak ikhlas pulak... macam dipaksa... bak kata abang Khaizu, we don't need all those days to prove that we love somebody...

Tengok hari tu, masa Hari Ibu, Kak Long kata mak terasa hati sebab aku tak call dia pun wish sedangkan aku sebenarnya tak berapa nak ambik port sebab tengah risaukan si Aida yang kemalangan...

Sentiasa mengingati dan mendoakan segala kebahagiaan dan kesejahteraan dikurniakan Allah kepada orang yang kita sayang lebih bererti rasanya dari segala jenis Hari yang ada...

Wednesday, June 3, 2009

UPDATES....

Dah lama tak belek - belek blog. Sepanjang minggu lepas dan minggu ni aku terikat dengan dua kursus penting.... Teringat semalam, sambil - sambil dengar presentation semua process owner, aku sempat lagi buat minit mesyuarat JK Research & Innovation, tulis memo database jabatan - jabatan dan panggilan mesyuarat untuk team asrama. Dalam sibuk sibuk tu aku tak perasan kalau ada mata-mata yang memerhati tapi bila Zaharina menegur baru aku terperasan, " akak ni sibuk betul kan? Pengetua Asramala, Ketua Juruauditla, ni Setiausaha JK Research lagi...semua portfolio profil tinggi"... ntahla tapi aku minat... Bak kata Kak An, kita tak nampak pun tension atau stress bila kita seronok buat sesuatu kerja tu...

Dalam bab ni patut aku bagi kredit kat Datin Maimon, mantan KJ aku ngan Kak Faz yang banyak coach aku sampai aku boleh dikatakan cekap buat kerja... Ni aku cadang nak intai-intai peluang kalau boleh jadi partime panel kat MQA... tentu seronok...

Banyak benda yang aku kena buat memandangkan minggu depan aku dah ambik cuti seminggu. Nak pegi KB...kenduri kawin anak abang Atan... Tetiba aku teringat arwah abah... kalau dia ada mesti dia seronok nak meraikan cucu perempuan sulung dia kawin... Terasa sayu pulak...Kalau dia ada mesti riuh rendah dengan lawak-lawak dia... Al fatihah...

Dah lama sebenarnya kami adik beradik tak berkumpul ramai-ramai macam ni... Macamanala kecohnya nanti... Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... Aminnnnn....

APA CERITE???

Ramai orang terkejut..Aku pun tak sangka sebenarnya... Apanya???? Aku tak jadi operation... Kelakar pun ada tapi itulah realitinya... Anak Pak Zali ni memang penakut tahap gaban alkisahnya...

Pagi Isnin 25 Mei tu masa nurse paskan robe putih kat aku, aku tak rasa apapun... Bila pukul 11.00 nurse tu mintak aku tukar baju and ready nak gi OT aku dah tak boleh control aku punya ketakutan. Abang Khaizu siap tegur lagi, aku menggeletar masa sarung robe OT...

Masuk dalam OT aku pun dipindahkan atas meja bedah... Everything dah ready tapinya bila diorang ambik BP reading...190/115 kau... Diorang cuba tenangkan aku... Dr. Zainal kata, muka aku nampak takut sangat walaupun aku cuba senyum.... Sampai dah dekat sejam, darah aku turun sikit je so Dr. Zainal kata it will be risky kalau diorang proceed so operation tu dibatalkan...

Abang Khaizu punya la terkejut badak sebab aku sendiri call dia dari wad suruh naik... Dia ingat kan punya la terror doktor kat Selayang ni sampai aku boleh bercakap lepas kena bedah... Ketawa besar dia bila aku kata tak jadi.... Kesian la tengok Cik, Ibu ngan Kak Ina yang datang dari jauh walaupun diorang actually rasa lega bila aku tak jadi operate...

Petang tu aku didischarge and kitorang pun balik ke Tanjong Malim. Esoknya aku gi keja sebab nak attend kursus MQA... Walaupun pedihla jugak hati kena kutuk ngan kengkawan tapi aku buat dekkk la... Sekarang ni aku jaga sungguh pemakanan dan diri sebab takut sakit balik...

Aku cakap kat abang Khaizu, kalau kena operate jugak aku nak suruh depa bagi aku ubat tidor sebelum depa tolak aku ke OT... he he Pengalaman pengalaman

Wednesday, May 20, 2009

ROOTS...

Sepanjang hari ni aku sibuk merangka agenda untuk lawatan kerja Darul Quran ke tempat kitorang ni. Payah jugak rupanya jadi tuan rumah ni. Banyak benda yang nak kena fikir. Dahla pulak tu masa hari kejadian aku takde lagi la ngeri rasa perut aku.

Borak - borak ngan Amin dan Marzuki, macam biasala diorang ni dok mengusik aku pasal operation minggu depan. Walaupun seriau tapi aku bawak - bawak jugakla bergelak ketawa. Cumanya kalau orang tengok depa boleh perasan kot yang aku tak banyak cakap...entahla, terus terangnya aku memang teramat takut nak menghadapi Isnin depan.

Aku belek - belek blog ni, pastu aku pun terperasan...tujuan sebenar aku bukak blog ni dulu selain dari nak mencatat cerita ceriti dalam hidup aku, jugak nak mencari sedara - mare sebenarnya...

Setakat ni aku dah berjaya reconnect ngan Najib and Kak Hai...happy sangat rasa sebab tak sangka ada jugak sanak family yang minat blogging macam aku...

Aku cuba jugak bukak blog - blog orang lain, especially yang ada connection ngan Rawa. Alamak malunya sebab terasa kecik sangat diri. Vocabulary Rawa aku memang kira elementary la...tak banyak bahasa Rawa yang aku pandai. Satu dua yang aku reti tu pun sebab kawin ngan hubby aku... Dia pun actually 2x5 sebab dia tak tinggal di Tanjong Malim, walaupun mak dia punya Rawa memang excellent tapi diorang adik beradik tak berapa sangat sebab diorang dulu duduk kat bandar.

Membaca list perkataan - perkataan Rawa dalam blog - blog depa ni menyebabkan aku makin minat nak belajar tapi satu kelemahan aku, aku segan nak praktis menggunakan perkataan - perkataan yang aku dah belajar.

Antara penemuan yang pada aku havoc jugala bila aku jumpa nama moyang aku dalah buku Sejarah Raub... Kiranya moyang aku ni keturunan Rawa yang ( Rao ) kuatla jugak terutamanya dalam sejarah Raub itu sendiri. Rasa bangga tak terhingga bila tahu aku ada pertalian darah ngan Imam Ishak ( orang alim yang tersohor ) kat Dong...

RISKY OPERATION???

Selasa 19 Mei aku ke Hospital Selayang. Pagi tu Alhamdulillah semuanya cepat. Hampir jam 11.45 nombor giliran aku terpampang pada skrin. Aku masuk ke bilik no. 7 dan nampak seorang doktor perempuan sedang menunggu. Agak terkejut bila pembantunya maklumkan aku mungkin takkan dibedah Isnin nanti sebab ada problem dengan OT. Tapi dia mintak aku jumpa Dr. Zainal sendiri.

Aku dipanggil masuk ke bilik Dr. Zainal dan dimaklumkan pembedahan akan berjalan ikut rancangan. Cumanya dia bagitau aku, report Sleep Study aku menunjukkan OSA aku agak severe so operation tu agak risky untuk aku. Biarpun sepatutnya pembedahan tonsil takde risiko tapi untuk orang yang mengidap OSA risikonya berlipat kali ganda.

Tiba-tiba aku jadi sangat takut, rasa macam nak lari je dari bilik doktor tapi aku cuba kuatkan semangat. Selepas tu Dr. Zainal buat scope procedure dan maklumkan pada aku yang salur pernafasan aku terlampau sempit so diorang akan buat sekali procedure untuk naikkan soft palate aku...

Lepas tu, aku dirujuk ke Pakar Bius... Sepanjang menanti giliran macam-macam yang aku fikir. Anak-anak, abang Khaizu, mak, aki dan macam-macam lagi. Perlu ke aku teruskan atau tarik diri? Tapi aku cuba yakinkan diri sendiri, bak kata Kak An... yang berkuasa adalah Allah, bukan manusia... Sangka baik dan berserah...

Lepas dengar explanation oleh Pakar Bius, aku mula faham situasi sebenar. Risiko yang dimaksudkan adalah risiko aku tak mampu nak regain pernafasan sendiri selepas pembedahan sebab sepanjang operation, aku akan dibantu oleh mesin so diorang bimbang bila aku dah selesa, aku jadi malas nak bernafas sendiri. Jadi risiko untuk aku diletakkan dalam ICU memang agak tinggi... Hilangla sikit rasa gerun...

Abang Khaizu pesan jangan fikir yang bukan-bukan...Segalanya Allah yang tentukan... Ya Allah, selamatkan aku. Mudah-mudahan operation tu berjalan lancar. Mudah-mudahan aku tak perlu disorong ke ICU...

Wednesday, May 13, 2009

TIKKKK TOKKKK TIKKK TOKKK

Minggu ni minggu ujian akhir English so agak busy dengan marking. Litak rasa badan. Inda tolok rasa nak ke sana - sini. Ntah kenapa makin dekat nak operation makin teruk pulak rasa tekak. Psiko je kot...

Sementelahan minggu ni minggu akhir maka aku pun ambik kesempatan mintak maaf ngan ucapkan good luck pada bebudak ni. Rasa terharu bila bebudak ni ramai - ramai datang cakap terima kasih for such a fun and memorable semester... Aku berdoa pada Tuhan Yang Maha Kaya mudah - mudahan semua anak - anak didik aku berjaya...

Ada sedikit rasa sedih sebab tak tau samada akan dapat peluang mengajar students yang sama atau tak semester depan. Dalam keadaan sekarang, aku rasa agak tertekan dan sedih... Aku benci dengan sikap sesetengah orang...Kenapa perlu double standard? Kenapa perlu ada penindasan. Walaupun Kak Ti pujuk aku kata aku kuat dan dah pernah menghadapi tekanan yang lebih teruk daripada ini tapi kekadang aku rasa tak larat nak tangggung. Ya Allah...berilah aku kekuatan, berilah aku kelebihan supaya aku mampu menghadapi setiap cabaran dan dugaan yang kau berikan pada aku. Berilah petunjuk dan hidayah pada seluruh hambamu semoga mereka belajar...

Aida kemalangan dan retak tengkoraknya. Aku risau la jugak sebab dia dah macam anak pada aku. Masa dia kecik - kecik akulah yang mengasuh dia... Maunya aku tak sayang...

Aku kena kosongkan tempat duduk aku kat Jabatan sebab 11 Mei hari tu aku dah terima lantikan dari SPA untuk jawatan Pengetua Asrama. Pheewwwitt!!! dah kena angkut semua barang pindah ke ofis sendiri... Terima Kasih family dan terutamanya abg Khaizu sebab aku tahu dia selalu doakan yang baik - baik untuk aku...

Thursday, May 7, 2009

BILA LA DEPA NAK RETI???

Hari ni aku ada kelas dengan DKM 5A dan memandangkan minggu depan final test depa aku pun bagi depa buat revision exercises yang aku yakin dapat membantu depa mempersiapkan diri. Dalam dok terfikir - fikir tu idea pun datang. Instead of suruh depa baca buku, aku assigned kan supaya diorang cari maklumat mengenai perkara-perkara yang ditetapkan dan persembahkan dalam bentuk mind map. Rasa aku, depa akan banyak belajar bila mereka buat berbanding dengan jika mereka hanya baca dan hafal.

Lepas tu aku ada kelas ganti dengan SAD 4B. Bayangkanla nak mengadap 42 lelaki semua pastu suka buat lawak bodoh. Dalam kelas tu ada sorang mamat ni, biarla aku namakan dia R... Dia mungkin kurang perhatian jadi dalam kelas selalu buat lawak bodoh. Menyampah betul dengan perangai dia sebab dia selalu spoilt kan mood aku nak ngajar.

Tadi aku suruh diorang salin nota, and semua budak ni jawab tak bawak buku sebab baru balik dari bengkel. Okayla, aku faham tapi tiba-tiba dia ni pegi jawab tulis atas meja boleh tak puan. Aku dah memang angin terus je aku jawab.." Nak kena tampar. Jawab merepek-repek ni kenapa? " aku rasa bebudak lain pun bengang kot dengan dia sebab depa pun macam setuju je bila aku kata macam tu. Sebab kalau aku marah, tersangkut la diorang nak belajor...

Hish, tu bukan nature aku sebenarnya. Tak seronok betul aku rasa sebab aku sebenarnya sayang kat students tapi aku rasa apa yang budak ni buat dah terlebih sempadan la... Dah selalu aku rasa diorang ni ditarbiyahkan pasal kepentingan hormat pada cikgu, adab belajar..tapi aku tak taula sampai bila diorang nak insaf dan belajar...

Monday, May 4, 2009

JJCR...WACEEEHH...

Khamis 30 April 2009, bebudak JPK inform yang projek Kembara Pantai Timur diorang on seperti perancangan dan mintak aku jadi pensyarah pengiring sebab takda sapa boleh jadi escort depa. Depa jugak bagitau aku boleh bawak the whole family sebab tak ramai yang pergi. Rancangannya kami akan bertolak pagi Sabtu...

Jumaat 01 Mei, aku sibuk kat rumah....Maklumla cuti Hari Pekerja...Abang Khaizu tolong kemas rumah dan aku memasakla apa lagi. Ada SMS masuk dari Adli, katanya driver ajak bertolak malam tu jugak pukul 11.30. Aku takde masalah, lagi suka actually. Maka malam tu bertolaklah kami ke Kelantan. Anak - anak aku punyala excited sebab dapat travel dalam bas and malam pulak tu...

Sampai di Jeli lagi 10 minit pukul 7. Kami pun stop sembahyang kat ada satu kampung ni...Lepas tu Kamarul berenti kat Petronas and kami diberitahu kawasan lapang sebelah petrol pump tu adalah tapak Politeknik Jeli.

Called abang Atan informed dia yang kitorang dah ada kat Jeli and bercadang nak tumpang mandi dan sarapan kat Gunong...Pukul 9.00 kitorang sampai kat rumah abang Atan, meriah sungguh...anak - anak dara mandi dan bersiap kat rumah dia dan yang teruna semuanya mandi dan bersiap kat rumah Mak Su Yah... Kesian abang Atan sebab aku bawak satu bas pegi rumah dia, dahla dia tengah renovate rumah...

Lebih kurang pukul 11.30 kami bertolak meninggalkan rumah abang Atan dan menghala ke Rantau Panjang. Malangnya sesampai kat sana, kitorang tak boleh masuk sebab terlampau pack dengan orang... Aku dan driver sepakat taknak masuk sebab merasakan payah benar. Kami patah balik dan terus ke rumah Adli...Makan lagi... sampai Syamil tanya, adakah projek kakak abang ni semua, jalan pastu makan?

Check in kat homestay sedara Adli lebih kurang waktu maghrib, malamnya kami ke Wakaf Che Yeh... Aku yang memang bukan kaki shopping memang tak berapa nak heran sangat dengan barang - barang yang banyak dijual kat sana...

Ahad, sebelum bertolak ke Terengganu kami singgah di Kepulau ( rumah Arif ). Tak sangka dia bagitau mak dia mintak masakkan pulut ikan masin favourite aku... Bebudak ni yang tak biasa makan pun mencuba and semuanya suka bukan main. Kenyang gilala makan nasi dagang terengganu air tangan sedara mara Arif.

Menjelang Maghrib kitorang sampai kat Wakaf Tembesu ( SMK Teknik ) tempat projek Kembara ni akan berlangsung. Dah alang - alang sampai aku pun ajak diorang makan kat Restoren Air Buah Gelas Besar yang famous kat TV tu...Seronok bebudak ni dapat minum jus buah piorrrr... yang murah...

Seronok tak terkata kali ni sebab dapat berjalan - jalan sefamily dan dapat bawak students pegi jalan - jalan. Mudah - mudahan lain kali dapat pergi lagi....

Wednesday, April 29, 2009

KITA BERTEMU LAGI

2, 3 hari ni PSAS memang happening la. Maklumla Pesta Konvo ke 4. Ramainya umat kat kampus ni sampai rasa sesak pulakkk... Selasa malam aku bawak anak-anak pegi tengok live band kat Tapak Pesta. Biasa la budak - budak of course depa rasa seronok dapat tengok orang nyanyi walaupun bukan penyanyi sebenar.

Aku pun actually baru balik dari Ulu Tiram Johor. Dok bawak budak budak JPK pegi Program Memperkasakan Jatidiri. Was informed that Hj. Jalil will be replaced by Pak Isa ( sepupu Pak Long Sahak ). Wahhhh.... hebat betul dia, muda - muda dah dapat jadi Pengarah.

Ramai bekas anak-anak murid yang datang jumpa aku...Alhamdulillah ingat jugak depa kat aku. Si Shamsinar sempat hulur kad jemputan kawin...Hmmm kena pegi kot...

Petang semalam dapat call dari Zailani ( ex DTK ). Katanya dah sampai kat ofis aku. Alahai anak...nampak dah matured sangat dia... still sweet macam masa belaja. Aku tumpang bangga dia dapat Pingat Ketua Jabatan... baik, rajin, dengar kata...you deserved it.

Masa nak balik dia wish thank you atas segala penat lelah aku mengajar dia dan dia mintak halalkan semua ilmu yang aku dah bagi. Touching sungguh...sebab dia memang rajin " mengacau " aku mintak tolong tunjuk apa-apa yang dia tak faham. Peliknya dia ni masa belajar dulu, dia segan nak jumpa aku directly tapi dia lebih prefer SMS. Kalau dalam SMS macam - macam dia bercerita tapi kalau dalam kelas penyegan habis...

Kesian dia masa Aishah tazkirahkan dia pasal dia kerap sangat SMS aku sampai tengah-tengah malam dan awal pagi. Sejak tu dia dah takmau SMS aku lagi. Takut agaknya... Sian dia sedangkan selalunya dalam SMS tu kami akan discuss hal pelajaran dia...

Apa-apa pun aku doakan semua anak murid aku akan jadi orang berjaya dan berguna dan semoga depa tak lupa pada Tuhan, ibu bapa dan pendidik yang pernah ajar depa.... Aminnn

Tuesday, April 28, 2009

AKU DAH BOSAN

Kadang - kadang rasa bosan dengan semua hal yang berlegar - legar di keliling aku... Ntah apa kenanya ada orang suka sangat tabur pasir dalam periuk nasik orang lain. Aku pelik dengan hasad dengki yang wujud di kalangan manusia. Dan aku tambah bingung kalau sasarannya aku...

Macamana aku nak bagitau dunia yang aku ni buat keja takde niat nak menunjuk kat sapa-sapa. Kalau rasa terancam dan tergugat dengan cara kerja aku...tak payahla... Tak payahla buang masa nak berhasad dengki dengan aku. Takde istimewa apa-apa pun.

Aku rasa rimas...lemas....tercekik dan bosan gile bila ada orang tak habis - habis nak attack AKU hinggakan aku dah tak tau nak buat macamana....

Tolonglaaaaaaaaaaah...jangan dengki kat aku.........jangan rasa aku cuba merampas apa saja kedudukan korang...Itu bukan cara aku..........

Tuesday, April 7, 2009

PEJAMKANLAH MATA - OST 9 SEPTEMBER
Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum

Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi
Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum

Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janjiku kepadamu
Aku pasti di sisi
PASTI - Mega
Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika duluKAu lakukan untukku
Sepi mencengkamResah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku
Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti
Mengimbas kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu
* Untuk Seorang Hafidzul Shaqimie...

MUSIC PRODIGY???

Masa aku kecik - kecik dalam era sekolah rendahla...aku ada buku latihan yang kat dalamnya penuh lirik lagu. Aku memang suka menyanyi sampai aku ingat lagi aku kena marah ngan abah sebab masa hari arwah Wan ( mak abah ) meninggal aku sempat lagi hum lagu Uji Rashid ngan Hail Amir walhalnya masa tu umur aku tak sampai pun lagi 4 tahun... Masa aku kecik - kecik kalau orang tanya dah besar nak jadi apa mesti aku jawab ...Uji Rashid... Mak Misi pernah tanya aku siapa Menteri Besar Pahang...selamba je aku jawab Najib Hanif walhalnya masa Najib Razak yang jadi MB Pahang ( dapat hadiah penekel sedas )

Punyala aku minatnye menyanyi sampai kalau aku dengar lagu sekali je aku dah boleh hafal liriknya... Ceh...sekarang ni kalau aku tengok Diari AF, bila bebudak tu depress sebab susah nak hafal lagu, mesti aku pelik sebab pada aku benda tu kacang habis... Masa aku darjah 4, aku boleh hafal semua lagu dalam kaset Anuar Ellina tu dalam masa sehari je...

Sampai Mummy pernah bagitau a.Khaizu, dulu-dulu masa aku kecik dia risau takut aku jadi penyanyi sebab aku suka sangat menyanyi. Sekarang ni kalau kat ofis, PC aku mesti bising sebab ada lagu. Pastu aku selambanya menyanyi2 dalam ofis tak kirala depan Ustaz ke Ustazah ke, kalau aku rasa nak melalak tu aku nyanyi je...

Pulak tu yang peliknya aku dengar lagu siap dengan ada interpretasi lagi...emosi lagu la...melodila...cessss...macam pengkritik tetap AF pulak. Ni la hasil 3 tahun ambik minor Music Education masa kat UPSI. Sampai ke nama2 sesetengah alat music pun aku tau...

Aku suka sangat lagu Tiada Lagi yang Amy Search nyanyi...Mayank Sari pun ada nyanyi lagu ni tapi aku rasa yang Amy nyanyi lebih berperasaan... Tiap kali dengar lagu ni mesti aku kata pedih..pedih sebab violin dia sangat mencucuk hati dan perasaan. Pastu lyrik dia pun sangat meaningful... Sampaikan baru-baru ni masa ada sikit salah faham dengan rodhong rapat kat ofis, dia bagi lagu tu kat aku sebab dia tau lagu tu akan cool down kan aku... actually ada satu lagi lagu yang bila kau dengar aku akan jadi emo...lagu Pejamkanlah mata ( OST 9 September ). Boleh meleleh leleh airmata ooo...

Dua dua lagu ni remindkan aku pada sorang kawan lama yang pada aku ada unsettled things between us... Aku penah cakap kat dia..I hate you for one reason...dan aku tak pernah reveal apa sebabnya tapi aku rasa kalau dia dengar lagu ni dia patutnya paham dan terima.... Haaahhhh...cite lama...tak mau ingat...Kita mesti teruskan kehidupan....Semalam itu kenangan, esok dalam perancangan namun hari ini kenyataan... so kena la percaya pada benda yang nyata...

MACAM-MACAM ADA

Minggu ni fikiran tak berapa seronok...especially after receiving the bizarre news from Zizi. Hmmm...macam - macam ye... Teringat lagi aku masa jamuan rumah terbuka kat Panchur Jaya hari tu, bukan main ramai VIP yang datang ke rumah Awang... Sempat lagi aku suarakan rasa envy aku pada kejayaan dia tapi berita minggu lepas mengejutkan aku dan banyak menyedarkan aku betapa beruntungnya aku sekarang...

Semalam Nuar Arshad telefon and we talked about kes Awang ni dengan panjang lebar. Dan ntah dari mana aku dapat idea, akhirnya aku tanya soalan yang sepatutnya aku tanya 16 tahun yang lepas. Incident tu dah lama pun...masa kat maktab... Dan kesudahannya Nuar bagi aku jawapan yang sangat melegakan aku sebenarnya.

Mior inform kat aku dia nak quit jadi warden because of several incidents la... Aku sebenarnya tak berapa rela dia berenti sebab I can count on him tapi aku tak boleh bersikap tak adil dengan dia. Biarla..pilihan kat tangan dia...

Minggu ni jugak English Week... tapi macam biasala kat sini takdela sehappening mana. Ada la Spelling Bee, Scavenger Hunt, Public Speaking ...but apart from that...nothing special. As a reward untuk students Sem 5 yang dah berhempas pulas buat survey project, aku bagi depa tengok movie... Hairspray... They were so excited nak tengok John Travolta jadi perempuan as quoted by a. Khaizu, he is handsome as a man and pretty as a lady though he's gigantic for a woman... Seronok sakan bebudak ni sebab dapat tengok movie yang lain sikit sebab this time dapat tengok musical movie...

Last week aku memang emo habis especially bila teringat arwah abah but this week I'm okay...mungkin sebab banyak keja. BTW the sleep study will be done next Saturday... Tomorrow is Syamil's birthday and he requested to have his party at school. Semalam aku try slow talk ngan dia...mintak dia sabar sampai Saturday so that everybody will be around...alhamdulillah dia kata ok..it's just that dia susah hati sebab ada kawan-kawan dia yang dah bagi hadiah... ( dia dapat hadiah jam Ben 10 from one of the Year Six girls )...Cik Ija dia selalu kata Syamil ni pandai mengayat orang...cam romeo...Heh heh...

Semalam ada student beli makanan kat kafe and dah separuh makan keluar ulat melenting2 dari ikan keli dia...Aku cukup hangin bila dengar benda- benda macam ni. Ada harapan ni kena terminate contract. Students pun dah tak trust kafe ni actually... Those are the few things yang aku kena tengok sejak jadi Pengetua Asrama ni. Menjadi head kepada penyelia penyelia asrama dan wardens as well as making sure that the students welfare are well taken care of....

Ni aku plan nak keluarkan buletin untuk asrama so that the students will be informed of everything ( except PNC ). Banyak benda yang nak dibuat...banyak yang dirancang tapi tak pasti mampu atau tidak... Hai Tuan Punya Alam dan Segala Kejadian, berikanlah aku kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran, ujian dan kurniaan mu

Thursday, April 2, 2009

OBSTRUCTIVE SLEEP APNOE...TONSIL...POTONG???

Hari ni, 02 April 2009, pepagi lagi aku dah hantar anak- anak ke stesen- stesen berkaitan ( sekolah ngan rumah baby sitter la tu ). Oh ya....saja nak kongsi, 2009 ni membuka lembaran baru dalam kehidupan aku bila aku terlibat dengan weekend marriage ni...Maklumla abang Khaizu kat Bukit Beruntung dan aku pulak kat Tanjung Malim. Terasa la jugak tekanan sebab terpaksa managed banyak perkara sorang - sorang.

Sempat jugakla aku jauh hati ngan a. Khaizu bila dia tak bersungguh-sungguh nak balik gilirkan aku jaga Syamil masa anak sulung aku kena demam denggi hari tu. Tension wooo...when you had to go through the critical time alone...

Pukul 9.00 pagi tadi aku selamat sampai ke Hospital Selayang. Ni adalah kali kedua aku ke sini. First time hari tu masa jumpa pakar ENT regarding niat aku nak buat tonsilectomy ( pembedahan buang tonsil ) tapi doktor tu suggest aku rawat dulu resdung aku yang agak teruk. So kiranya hari ni nak tengok balikla...

Pukul 12.45 aku dipanggil masuk ke bilik no.8. Kat dalam tu ada sorang nurse yang sweet ngan sorang Dr. yang aku sempat jeling nama dia Dr. Zainal. After some check up dia pun bagitau aku yang aku ada 2 masalah : 1. tonsil aku yang agak teruk 2. aku kena OSA

Dia suruh aku baca kat internet tentang OSA which aku rasa aku tau sikit-sikit dari pembacaan buku, majalah dan paper iaitu masalah tidur yang berkaitan dengan sempitnya salur nafas yang menyebabkan kita berdengkur dan kerap choke masa tidur. so pengidapnya akan kerap terkejut masa tidur.

Dr. tu kata the best way to cure OSA ialah aku kena reduce weight ( dah tau lama tapi payahnya nak buat ) and dia nak aku go through one procedure iaitu sleep study. Kalau nak buat kat hospital gomen akan ambil masa lama sebab waiting listnye panjang so dia suggest aku buat dengan private. Aku akan dipasangkan dengan ECG scan la ntah apa2 scan lagi dan aku kena tidor sebab result test tu akan tunjukkan how severe is aku punya OSA. Ada dua cara iaitu buat di hospital atau klinik swasta yang mungkin agak mahal atau buat dirumah dengan menyewa alat-alat tu yang costnya kurang dari RM 500.

Dr. Zainal juga terus bookkan operation theatre untuk buat tonsilectomy and entah apa lagi satu untuk hidung aku pada 25 Mei 2009. Aku kena masuk ward pada 24 Mei dan esoknya dibedah. Pastu dia referkan aku pada anasthesia specialist...tetiba aku rasa takut. Walaupun it's a minor surgery tapi psikologically aku tetap terganggu memikirkan aku akan dibius... What iff???? Hish, nauzubillah...

Aku bagitau a. Khaizu...dia kata dia risau, bukan apa sebab selama ni aku yang jaga dia...tetiba pulak aku sakit...dia kata dia tak boleh nak explain apa dia rasa. Balik office aku bagitau kengkawan rapat...terharu pulak aku rasa bila kak Ti tanya nak makan apa, dia boleh masakkan...

Hai Ya Allah...Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Aku nak sihat ...

Tuesday, March 31, 2009

MY IDOL


MOHD GHAZALI MAD JAM...

Aku selalu cakap kat kengkawan arwah abah adalah Idol aku... memang aku sayang sangat kat abah. Mak memang selalu cakap, aku memang rapat dengan arwah abah... Kalau kengkawan lain selalu kata mak diorang adalah idol diorang, aku tak....Bukan aku tak sayang mak tapi abah istimewa sangat pada aku...

Orang kata aku banyak turun abah, warna kulit....ketinggian...banyak cakap ( issh...ye ke? )...comey ( he he ini aku yang cakap ) tapi memang pada aku abah ni best habis...

Abah aku orang kampung... Dia anak bongsu dari 5 beradik ( bukan jumlah sah sebab katanya ramai yang meninggal ). Abah aku ada 3 orang abang dan seorang kakak. Allah tu Maha Kaya, adik beradik aku pun 5 orang, kalau campur Abang Atan 6 orang la...

Abah aku ni tak garang...tapi masa kecik kecik aku cukup takut dengan dia, mungkin sebab aku masa kecik kecik takut dengan orang berjambang dan bermisai...Ha...ada sorang lagi yang aku cukup takut masa aku kecik...Pak Andak Rahim....sebab dia strict...

Abah aku tak pernah pukul aku...memang antara anak - anak abah, aku la satu - satunya yang tak pernah kena tibai... Abah suka borak - borak dan buat lawak...kalau cakap ngan dia mesti asyik gelak...

Abah aku special sangat sebab dia selalu ajar aku supaya jadi anak yang baik...Dia selalu pesan kat aku, mesti sayang family...Mesti selalu jengok jengok sedara...jauh ke dekat ke... Cucu - cucu abah yang kat Kelantan panggil dia Atuk Rock...tapi abah relaks je...

Aku selalu rasa aku ngan abah ada banyak persamaan... Ingat lagi masa aku pergi daftar kematian abah, baru aku sedar rupanya tarikh kawin kami sama : abah ngan mak nikah 20 Mei 1971 dan aku pulak 20 Mei 1995. Pedihnya hati aku masa pegi buat pendaftaran tu hanya Allah yang tahu... dulu masa aku lahir abah yang daftarkan aku...dan bila abah pegi aku pulak yang buat benda sama...

Setiap tahun aku akan cerita pasal abah pada students : dan tiap kali tu lah aku akan menangis. Abah selalu share cerita - cerita dan kadang2 problems dia ngan aku so bila dia takde, semuanya tak berseri.

Aku takkan pernah lupa :

1993 , Maktab Perguruan Raja Melewar - masa kat maktab kitorang dapat elaun 345 sebulan so aku memang jarang-jarangla mintak duit kat family sebab aku malas nak kena leter bila mintak duit kat abah...Aku tau abah tak kisah tapi nanti kak Long bising ingatkan aku pasal adik adik yang masih sekolah dan tak patut aku mintak duit kat abah. Hmmm Tak pa la....

Satu hari tu masa semua kengkawan memang tengah miskin sebab elaun lambat masuk, aku pun kirim kad bank kat Zaire, saje la nak ambik saki baki duit yang ada...Sekali tu bila Zaire balik dia kata aku kaya... Rupanya dalam akaun aku ada lebih 3 ratus ringgit...Aku boleh agak sapa yang masukkan duit tu...Mestila abah aku...Mesti diam - diam dia masukkan duit.

2002, UPSI - aku bagitau abah, 10 Ogos aku Konvo...bukan main suka lagi dia. Siap pegi beli baju batik lagi sebab nak masuk hall tengok aku dapat ijazah. Abang Khaizu pun dah volunteer taknak masuk sebab nak bagi peluang abah tengok aku naik pentas. Malangnya, masa hari kejadian, hanya Ijad yang masuk dewan sebab abah temankan mak pusing - pusing kat bandar Tanjung Malim...Kecewa? memang aku kecewa habis sebab masa Kak Long tamat latihan nurse, abah duduk tunggu dalam dewan dari mula sampai habis function. Tapi aku tak dendam pun dengan abah...

2003, JULAI - Mak bagitau abah tak sihat. Aku mintak cuti dua hari balik Raub tengok abah. Abah mintak aku hantar dia ke Klinik Regavan. Kat situla aku dapat tau ada yang tak kena pada hati abah... Is it serious? Aku beranikan diri tanya doktor...jawapan doktor tu dah cukup jelaskan semuanya. Ingat lagi abah mintak aku masakkan dia broccoli... heh heh dia kata aku je yang pandai masak lauk tu...

2003, OGOS - Ijad call bagitau abah teruk di Selayang. Rasa tak jejak bumi...Kengkawan kata terkejut tengok aku meraung mintak kebenaran balik dari Ketua Jabatan. Sampai kat Selayang aku dah tak boleh tahan airmata tengok abah. Aku bertegas nak jaga abah di wad. Esoknya aku jaga abah sepanjang hari sampai ke malam...

Doktor pakar confirmkan yang abah kena barah and there's nothing they could do... Kami bawak balik abah ke Raub dan malamnya tetiba abah macam tak sedar, aku ingatkan masa abah dah sampai... Alhamdulillah esoknya abah ok...tapi pengalaman menjaga mak mertua dan pak mertua buat aku alert...Aku cakap kat makcik aku, kadang-kadang dia saja nak sedapkan hati kita. Malam terakhir kami buat majlis baca Yasin, aku nampak abah ikut orang baca Yasin dan hati aku rasa luluh sangat... Aku suapkan abah Meehoon dan tetiba aku jadi takut...takut kalau itulah kali terakhir aku dapat suap dia...Tak semena2 aku menangis... dan abah pun menangis sama...

Jumaat minggu depannya aku dapat tau abah bleeding... Petang tu jugak aku rush ke Raub. Sampai di HR ramai dah sedara mara abah berkumpul. Aku masuk ke dalam wad tengok ada macam - macam tiub pada abah. Bila aku terpandang je bekas berisi ketulan darah yang keluar dari hidung abah, aku dah tak boleh tahan perasaan dah. Airmata aku turun macam hujan, lebih - lebih lagi bila terpandang pakcik makcik yang datang pun menangis sama...

Walaupun letih dan tak makan, aku berkeras nak tunggu abah malam tu. Sepanjang malam aku lagukan selawat pada abah sambil Pak Long bacakan Yasiiiinnn. Kalau mengantok sangat aku letakkan kepala atas katil sambil peluk dada abah sebab kalau apa2 aku akan sedar...

Memang Tuhan dah suratkan, aku dapat peluang tatap abah hembuskan nafas terakhir dia. Bila denyutan abah akhirnya berhenti, aku dah tak boleh fikir apa lagi. Aku meraung di hujung kaki abah...Tepat 11.30 pg 16 Ogos...tamatlah sudah perjalanan hidup abahku...Kami betul - betul terharu sebab ramai betul orang yang datang menziarah abah. Aku hanya mampu ucapkan Jaza Kallah Hu Khairan Syukran... Alhamdulillah ramai yang sayang abah...

Cumanya aku rasa terkilan sebab abah tak sempat merasa hasil usaha aku selama ni. Dia selalu pesan mintak aku sediakan satu bilik khas untuk dia di rumah aku so that dia boleh datang melawat kitorang bila - bila dia suka...tapi nampaknya tak kesampaian. Teringat aku macamana dia diam - diam pegi survey kawasan Politeknik ni walaupun masa tu masih under construction bila dia dapat tau aku dapat mengajar kat sini.

Mak kata...aku ada menurun banyak jugak perangai abah..antaranya panas baran...bukan panas baran cepat ngamuk tapi kitorang cepat panas...and kalau dah tak tahan kitorang mudah burst...tapi kitorang cepat cool....

Aku rindu sangat pada abah...kalau balik rumah mak, macam terdengar-dengar batuk dia lepas mandi...pandang kerusi yang dia selalu duduk, macam ternampak - nampak dia... Aku harap abah puas hati dengan jagaan aku selama dia sakit sebab dulu dia selalu kata dia tak risau kalau sakit sebab dia tau aku mesti boleh jaga dia sebab aku dah biasa jaga mak ngan pak mertua aku yang sakit...Aku ? Aku rasa puas sebab dapat tabur bakti hingga ke akhir nafas abah...Mungkin aku bukan anak yang baik jugakla sebab dulu aku selalu merajuk ngan abah tapi aku sayang sangat kat dia... Aku rindu dengan senyum dia, lawak dia dan teka - teki dia. Aku rindu dengan cara dia panggil aku Kak Ngah Mimi dan aku rindu dia usik aku bila aku bahasakan diri aku " orang ". Dia selalu panggil aku " Kawah " ...itu pun aku rindu...

Ya Allah, tempatkanlah abah aku di tempat yang baik dan mudah mudahan dia akan bersama - sama dengan orang - orang beriman.

CARIK CARIK BULU AYAM...


Hari ini genapla 5 bulan aku dah jadi Pengetua Asrama... banyak lagi yang aku perlu buat sebenarnya untuk kukuhkan organisasi ni. Cumanya, kekadang aku rasa tak berapa syok sebab amalan kat sini tak sama ngan tempat lain. Kalau tempat lain, Kamsis diperintah secara sendiri tapi kat sini banyak sangat kerenah birokrasinya. So kiranya aku macam takde say la untuk certain-certain things... ( oooops maaf, bukan nak condemn. Sekadar menyuarakan pendapat )

Semalam sesaja bukak blog ni tiba-tiba nampak ada 1 comment untuk entry yang lepas... terkejut aku rupanya Kak Hai yang hantar...terus aku bukak blog dia... Hati aku rasa sayu sangat sebab teringat kat arwah abah yang sangat sangat sayang pada abang sulung dia. Lepas tu aku teringat macamana bersungguhnya Pak Long nak temankan abah sambil baca Yasin pada malam penghabisan sebelum abah pulang pada Penciptanya.

Kebetulan pulak aku tengah layan lagu Pejamkanlah Matamu ( OST 9 September ), lagi la lajunya airmata turun... Bila aku baca entry entry dalam blog Kak Hai, aku teringat kampung... Teringat pada Pak Long, Mak Long, Joi, Pak Uda Raman, Pak Andak Rahim, Teh Nah dan semua sanak sedara...

Ada beberapa insiden yang buat kami seolah-olah makin jauh dengan family sebelah abah... tapi aku tak mau biarkan benda- benda begitu berlaku. Aku selalu ingat arwah Abah ajar aku jangan sombong dan besar diri biar tinggi mana pun kedudukan kita. Aku tau aku perlu jadi orang yang sentiasa ingat dan kukuhkan pertalian sesama sedara... Itu tanggungjawab aku pada Arwah Abah...

Tetiba aku jadi sangat rindu pada abah... Al Fatihah, mudah - mudahan abah sentiasa berada bersama-sama orang yang beriman...