Wednesday, June 3, 2009

UPDATES....

Dah lama tak belek - belek blog. Sepanjang minggu lepas dan minggu ni aku terikat dengan dua kursus penting.... Teringat semalam, sambil - sambil dengar presentation semua process owner, aku sempat lagi buat minit mesyuarat JK Research & Innovation, tulis memo database jabatan - jabatan dan panggilan mesyuarat untuk team asrama. Dalam sibuk sibuk tu aku tak perasan kalau ada mata-mata yang memerhati tapi bila Zaharina menegur baru aku terperasan, " akak ni sibuk betul kan? Pengetua Asramala, Ketua Juruauditla, ni Setiausaha JK Research lagi...semua portfolio profil tinggi"... ntahla tapi aku minat... Bak kata Kak An, kita tak nampak pun tension atau stress bila kita seronok buat sesuatu kerja tu...

Dalam bab ni patut aku bagi kredit kat Datin Maimon, mantan KJ aku ngan Kak Faz yang banyak coach aku sampai aku boleh dikatakan cekap buat kerja... Ni aku cadang nak intai-intai peluang kalau boleh jadi partime panel kat MQA... tentu seronok...

Banyak benda yang aku kena buat memandangkan minggu depan aku dah ambik cuti seminggu. Nak pegi KB...kenduri kawin anak abang Atan... Tetiba aku teringat arwah abah... kalau dia ada mesti dia seronok nak meraikan cucu perempuan sulung dia kawin... Terasa sayu pulak...Kalau dia ada mesti riuh rendah dengan lawak-lawak dia... Al fatihah...

Dah lama sebenarnya kami adik beradik tak berkumpul ramai-ramai macam ni... Macamanala kecohnya nanti... Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... Aminnnnn....

2 comments:

NorRa2009 said...

salam,
kak noni n kak hai sekuaga insyaalah akan g hari khamis smpai jumaat ke rumah a.atan. Kesian jugak kat dia, kenduri kami di raub dia boleh datang dalam keadaan susah payah...so tak adil le jika kami kat datangkan..insyallah jumpa di sana.

MARINI said...

Insya Allah...Mimi bertolak hari Selasa tapi Khaizu ajak naik bas aje sebab malas nak drive... Insya Allah kita jumpa kat sana...