Wednesday, May 20, 2009

RISKY OPERATION???

Selasa 19 Mei aku ke Hospital Selayang. Pagi tu Alhamdulillah semuanya cepat. Hampir jam 11.45 nombor giliran aku terpampang pada skrin. Aku masuk ke bilik no. 7 dan nampak seorang doktor perempuan sedang menunggu. Agak terkejut bila pembantunya maklumkan aku mungkin takkan dibedah Isnin nanti sebab ada problem dengan OT. Tapi dia mintak aku jumpa Dr. Zainal sendiri.

Aku dipanggil masuk ke bilik Dr. Zainal dan dimaklumkan pembedahan akan berjalan ikut rancangan. Cumanya dia bagitau aku, report Sleep Study aku menunjukkan OSA aku agak severe so operation tu agak risky untuk aku. Biarpun sepatutnya pembedahan tonsil takde risiko tapi untuk orang yang mengidap OSA risikonya berlipat kali ganda.

Tiba-tiba aku jadi sangat takut, rasa macam nak lari je dari bilik doktor tapi aku cuba kuatkan semangat. Selepas tu Dr. Zainal buat scope procedure dan maklumkan pada aku yang salur pernafasan aku terlampau sempit so diorang akan buat sekali procedure untuk naikkan soft palate aku...

Lepas tu, aku dirujuk ke Pakar Bius... Sepanjang menanti giliran macam-macam yang aku fikir. Anak-anak, abang Khaizu, mak, aki dan macam-macam lagi. Perlu ke aku teruskan atau tarik diri? Tapi aku cuba yakinkan diri sendiri, bak kata Kak An... yang berkuasa adalah Allah, bukan manusia... Sangka baik dan berserah...

Lepas dengar explanation oleh Pakar Bius, aku mula faham situasi sebenar. Risiko yang dimaksudkan adalah risiko aku tak mampu nak regain pernafasan sendiri selepas pembedahan sebab sepanjang operation, aku akan dibantu oleh mesin so diorang bimbang bila aku dah selesa, aku jadi malas nak bernafas sendiri. Jadi risiko untuk aku diletakkan dalam ICU memang agak tinggi... Hilangla sikit rasa gerun...

Abang Khaizu pesan jangan fikir yang bukan-bukan...Segalanya Allah yang tentukan... Ya Allah, selamatkan aku. Mudah-mudahan operation tu berjalan lancar. Mudah-mudahan aku tak perlu disorong ke ICU...

2 comments:

hai said...

Ngeri je bunyinya...kak hai plak terbayangkan setiap procedure yg awk citer tu.Harap2 awk bersabar dan tabah menghadapinya...
ni nak confirm btol2 ni,abg atan tu wat kndri,sah la 10&11jun ni ke?Check kat kalendar,hari rabu &khamis...biar betul..

MARINI said...

Rasanya ye sebab dia kata 12 tu menyambut menantu kat rumah pengantin lelaki... Rasanya dia buat macam tu sebab nak bagi semua orang dapat hadir semua kenduri... Nanti Mimi sahkan semula... Doakan Mimi ye Kak Hai...