Monday, May 4, 2009

JJCR...WACEEEHH...

Khamis 30 April 2009, bebudak JPK inform yang projek Kembara Pantai Timur diorang on seperti perancangan dan mintak aku jadi pensyarah pengiring sebab takda sapa boleh jadi escort depa. Depa jugak bagitau aku boleh bawak the whole family sebab tak ramai yang pergi. Rancangannya kami akan bertolak pagi Sabtu...

Jumaat 01 Mei, aku sibuk kat rumah....Maklumla cuti Hari Pekerja...Abang Khaizu tolong kemas rumah dan aku memasakla apa lagi. Ada SMS masuk dari Adli, katanya driver ajak bertolak malam tu jugak pukul 11.30. Aku takde masalah, lagi suka actually. Maka malam tu bertolaklah kami ke Kelantan. Anak - anak aku punyala excited sebab dapat travel dalam bas and malam pulak tu...

Sampai di Jeli lagi 10 minit pukul 7. Kami pun stop sembahyang kat ada satu kampung ni...Lepas tu Kamarul berenti kat Petronas and kami diberitahu kawasan lapang sebelah petrol pump tu adalah tapak Politeknik Jeli.

Called abang Atan informed dia yang kitorang dah ada kat Jeli and bercadang nak tumpang mandi dan sarapan kat Gunong...Pukul 9.00 kitorang sampai kat rumah abang Atan, meriah sungguh...anak - anak dara mandi dan bersiap kat rumah dia dan yang teruna semuanya mandi dan bersiap kat rumah Mak Su Yah... Kesian abang Atan sebab aku bawak satu bas pegi rumah dia, dahla dia tengah renovate rumah...

Lebih kurang pukul 11.30 kami bertolak meninggalkan rumah abang Atan dan menghala ke Rantau Panjang. Malangnya sesampai kat sana, kitorang tak boleh masuk sebab terlampau pack dengan orang... Aku dan driver sepakat taknak masuk sebab merasakan payah benar. Kami patah balik dan terus ke rumah Adli...Makan lagi... sampai Syamil tanya, adakah projek kakak abang ni semua, jalan pastu makan?

Check in kat homestay sedara Adli lebih kurang waktu maghrib, malamnya kami ke Wakaf Che Yeh... Aku yang memang bukan kaki shopping memang tak berapa nak heran sangat dengan barang - barang yang banyak dijual kat sana...

Ahad, sebelum bertolak ke Terengganu kami singgah di Kepulau ( rumah Arif ). Tak sangka dia bagitau mak dia mintak masakkan pulut ikan masin favourite aku... Bebudak ni yang tak biasa makan pun mencuba and semuanya suka bukan main. Kenyang gilala makan nasi dagang terengganu air tangan sedara mara Arif.

Menjelang Maghrib kitorang sampai kat Wakaf Tembesu ( SMK Teknik ) tempat projek Kembara ni akan berlangsung. Dah alang - alang sampai aku pun ajak diorang makan kat Restoren Air Buah Gelas Besar yang famous kat TV tu...Seronok bebudak ni dapat minum jus buah piorrrr... yang murah...

Seronok tak terkata kali ni sebab dapat berjalan - jalan sefamily dan dapat bawak students pegi jalan - jalan. Mudah - mudahan lain kali dapat pergi lagi....

3 comments:

hai said...

Mimi...jadi ke nak ke rumah abg. atan nanti...aritu adalah citer2 gitu je ngan long(noni) plan nak g konvoi,tapi lambat lagi...x tau la nak kata...jadi ke tidak...tgk keadaan dulu...tapi mmg teringin sangat nak g.

MARINI said...

Jom la kita semua pegi...Mesti dia seronok...Dia susah hati takut takde sedara mare dia datang...Mimi mungkin pegi awal sebab kena selesaikan bab hantaran dan bunga telur...Jomla Kak Hai...

hai said...

Insyallah,nanti nak confirm balik ngan org Dong,kebetulan arafat pun tgh cuti sem,nanti kak hai bncg semula.