Friday, May 14, 2010

JAGA TEPI KAIN

Bulan lepas aku buat regular rounds kat block asrama sebelah malam. Nak tambah meriah, ajakla 2 orang warden perempuan ikut sekali. Semuanya nampak okay sebab kami pun round aras 0 je... Tak berhajat nak round asrama lelaki sebab takut banyak sangat benda yang kami jumpa.

Sampai la akhirnya kat sebuah bilik ni... Bilik tu dihuni dua orang pelajar Semester 1; sorang jabatan awam sorang lagi jabatan perdagangan. Yang menyambut kami budak awam ni...aku kerling ke katil sebelah, nampak roomatenya tengah tido terbongkang. dari celah - celah bantal yang menutup muka, nampakla rambutnya yang tak berwarna hitam...

Dalam pada kami sibuk memeriksa keadaan bilik, aku terpandang dua keping gambar di notis board pada meja study... Ada 3 keping gambar tapi yang menarik perhatian aku ialah 2 keping gambar budak Perdgdn ni dengan lelaki dan aksi mereka berpeluk sakan tu menyebabkan aku ambik gambar tu bawak balik ke pejabat.

Sampai di pejabat, aku serahkan gambar tu pada warden bertugas dan aku jadi tekejut beruk bila warden tu kata gambar tu adalah gambar girl ni dengan 2 lelaki yang berbeza....

Minggu lepas aku cuba nak jumpa student ni sebab nak tanya lebih lanjut tapi dia tak dapat dikesan. Berkali2 kami telefon tapi dia tak jawab. ada sekali tu dia jawab tapi dia buat macam tak dengar and dia hang up.. Tak sedap hati aku minta warden blok dia call family sebab bimbang dia ke mana2 sebab sebelum tu dia SMS warden dan kata dia ada dalam perjumpaan blok tapi bila kami susul ke sana dia takde.

Hampir pukul 12 dan setelah berpuluh2 panggilan kami buat dan hampir pecah pintu bilik dia diketuk, aku buat keputusan untuk call mak dia sekali lagi :

Aku : assalamualaikum ni puan ......, mak kepada ..... ke?
Ibu : Ye saya, ada apa hal
Aku : Saya pengetua asrama PSAS, saya nak tau samada anak puan ada balik ke rumah sebab kami cuba hubungi dan cari dia tapi tak dapat
Ibu : Takde sebab dia kata ada aktiviti di asrama. Dia ada di biliknya, saya baru bercakap dengan dia...kenapa nak cari dia?
Aku : Saya dah periksa tapi dia takde dalam perjumpaan blok dan bilik, saya bimbang kalau dia keluar ke mana2 tanpa pengetahuan kita
Ibu : ada tu kat bilik...kenapa nak cari sangat dia? Tak perlu la ganggu dia ...dia nak study....
Aku : Saya cuma bimbang dan saya pun nak tanya mengenai gambar
Ibu : ha...itu gambar dia dengan kawan2 dia....dahla tak perlu ganggu dia

Aku rasa geram sebab ibunya macam tak kisah dengan perilaku anaknya. tak lama lepas tu aku terima SMS dari ketua blok mengatakan dia dah dijumpai dalam bilik. Aku arahkan mereka datang berjumpa aku di rumah...

Yang aku sangat sedih, pelajar ini biadab dan marah sebab katanya pihak asrama tak patut ambik tahu hal peribadi dia...itu adalah privacy dia... Masya allah... aku urut dada sendiri, begini la tingkahlaku anak2 zaman ini... tak boleh ditegur tegah...

Maksiat tu dah jadi macam makanan... Sebenarnya selama aku jadi Pengetua Asrama ni banyak kejadian yang menyedarkan aku betapa zaman dah makin sampai ke penghujungnya. Sedih, geram dan marah jadinya melihat anak2 bangsa yang makin rendah nilai diri...

Aku takkan lupa anak yang sorang ini... Mudah2an Allah pelihara dia dan jadikan dia anak yang soleh dan berbudi bahasa...

No comments: